Syamira Safiya, Individu Fitnah Neelofa & PU Riz Akhirnya Tampil Mohon Maaf
Individu yang sebelum ini membuat fitnah dengan mengeluarkan beberapa tuduhan terhadap Neelofa dan PU Riz akhirnya tampil membuat permohonan maaf.
Dalam kenyataan di Twitter, individu bernama Syamira Safiya itu mengakui mengeluarkan kenyataan tanpa asas dan tidak benar pada 26 Disember lalu.
“Saya, Syamira Safiya dengan ini menarik balik kenyataan yang saya buat terhadap Cik Neelofa serta pembantu peribadi beliau di Twitter dan pelbagai platform media sosial pada 26 Disember 2020.
“Saya mendakwa dan membuat pernyataan itu tanpa asas dan ia adalah tidak benar,” katanya.
Sebelum ini, pembantu peribadi kepada Neelofa iaitu Nadiah Khairuddin mengesahkan dirinya sudah berhubung dengan individu yang dipercayai memuat naik paparan skrin WhatsApp yang tular membabitkan Neelofa dan PU Riz baru-baru ini.
Dalam kenyataan itu juga, Syamira menjelaskan bahawa dia tidak berniat jahat ketika menulis kenyataan itu sekali gus kesal dengan tindakannya.
“Kenyataan itu tidak dibuat dengan niat jahat untuk berbohong atau mencemarkan nama baik mereka.
“Saya juga amat kesal kerana tindakan peribadi ini menimbulkan rasa malu, sedih dan membawa kesusahan kepada mereka,” katanya.
Selain itu, Syamira berkata permohonan maaf itu dibuat atas kerelaan hatinya sendiri.
“Permohonan maaf ini saya buat di atas kerelaan hati saya sendiri untuk saya perbetulkan keadaan tanpa tekanan daripada mana-mana pihak,” katanya. – KopiPlanet.com
The post Syamira Safiya, Individu Fitnah Neelofa & PU Riz Akhirnya Tampil Mohon Maaf appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: