Adakah Batal Wuduk Jika Bersentuhan Dengan Bukan Muslim
Antara perkara yang membatalkan wuduk adalah bersentuhan kulit di antara lelaki dan perempuan (yang bukan mahram) secara langsung, iaitu tanpa berlapik.
Sebagaimana dalam firman Allah yang bermaksud:
Mafhum: “Dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib, dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwujuduk dan mandi) maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah.” (Surah Al-Maidah, 5:6)
Namun, bagaimana pula jika persentuhan berlaku sesama jantina, namun berlainan agama; adakah wuduknya juga batal?
Dalam hal ini, merujuk kepada pandangan ulama yang menyebut bahawa tidak batal wuduk jika tersentuh dengan bukan muslim yang sama jantina.
Ulama berselisih pendapat mengenai perkara ini. Namun, melihat kepada pendapat yang telah dikemukakan oleh Mazhab Syafi’e, tiada permasalahan terhadap persentuhan kulit sesama jantina, iaitu wuduknya tidak terbatal.
Hubungan dengan sesama makhluk perlu dihormati dan dijaga. Islam tidak pernah melarang umatnya bergaul atau bersalaman dengan bukan Islam. Bahkan, melihat kepada sirah nabi juga, Rasulullah sangat menghormati golongan yang berbeza agama. Dengan itulah dakwah Islam boleh sampai dengan lebih baik.
Secara kesimpulannya, tidak batal wuduk jika bersentuh kulit dengan bukan Islam yang sama jantina.
Wallahu a’alam
Rujukan:
MUIS
The post Adakah Batal Wuduk Jika Bersentuhan Dengan Bukan Muslim first appeared on Tazkirah.
No comments: