Ads Top

Drama Band Terus ‘Sindir’ Masyarakat Menerusi Single Baharu FYP, Bakal Adakan Konsert ‘The Hardest Malam Drama’

Lebih sedekad dalam industri muzik, kumpulan Drama Band yang mula ditubuhkan pada tahun 2010 ini masih popular sehingga kini menerusi karya yang hebat dan terbukti masih menerima sambutan luar biasa. 

Kumpulan yang terdiri dari enam anggota ini terlebih dahulu pernah tersenarai sebagai salah seorang finalis dalam Anugerah Juara Lagu pada edisi 30 & 34 menerusi lagu hits mereka Biarkanlah & Drama. 

Pengiktirafan ini sekaligus merupakan sebuah batu loncatan bagi Drama Band mengeluarkan album sulung mereka berjudul ‘Drama’ yang memuatkan 21 lagu dalam album tersebut buat peminat yang tak henti menyokong mereka sejak dari dahulu hingga kini. 

Memahat nama sebagai seorang kumpulan muzik yang kekal relevan hingga kini, jenama nama Drama Band yang sinonim dengan single isu sosial yang berlaku ini diteruskan dengan lagu FYP menggambarkan tentang kehidupan dalam era digital dan menyindir obsesi masyarakat kini yang mahukan perhatian demi mengejar populariti. 

Masih mengekalkan genre yang sama, lagu FYP ini merupakan antara trek yang diambil dari album sulung mereka berjudul Drama, hasil ciptaan sepenuhnya oleh Juara sulung The Hardest Singing Show yang juga merupakan vokalis Drama Band sendiri, Aepul Roza. 

Perjalanan karier muzik Drama Band yang membuahkan hasil apabila mereka berjaya melakukan jelajah konsert sulung ‘Malam Drama’ sejak Mac 2024 yang lalu. 

Respon luar biasa yang diterima sejak di lokasi pertama yang habis dijual telah membangkitkan semangat mereka untuk meneruskan jelajah siri mereka kedepan di lokasi Perak, Johor dan Melaka. 

Kemenangan sulung Aepul Roza menerusi program The Hardest Singing Show yang lalu membuka ruang dan peluang seterusnya untuk mereka menganjurkan konsert ‘The Hardest Malam Drama’ yang berskala besar pada 05 Oktober 2024 di Zepp Kuala Lumpur bagi menutup jelajah siri Konsert Malam Drama pada tahun ini. 

Penjualan tiket akan dijual bermula pada 22 Ogos 2024 di laman web Ticket2u.com.my. Konsert ini bukan sekadar sambungan kepada legasi konsert ‘Malam Drama’ tetapi satu manifestasi epik yang akan menyatukan semua karya unggul Drama Band sejak mereka mula menggegarkan industri muzik tempatan. 

Single FYP kini ini boleh didengarkan di semua pelantar digital muzik termasuk Muzik Video di YouTube MVM Music pada 22 Ogos 2024 . Akhir sekali, diharap karya FYP & The Hardest Malam Drama juga ini akan mendapat sokongan semua pihak media & radio tempatan. Segala info terkini boleh didapati melalui laman instagram @dramabandmy , @mvm_production dan TikTok @dramabandmy untuk mengetahui perkembangan lanjut bagi single dan acara konsert ini. – KopiPlanet.com

The post Drama Band Terus ‘Sindir’ Masyarakat Menerusi Single Baharu FYP, Bakal Adakan Konsert ‘The Hardest Malam Drama’ appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.