Ads Top

Doa Daripada Nabi Ibrahim AS Yang Boleh Dibaca Untuk Keamanan Negara

Negara kita adalah rumah kita. Rumah yang aman dan sejahtera adalah impian setiap insan. Disebabkan itu, tugas memakmur serta menjaga keamanan negara merupakan salah satu perkara yang termasuk dalam tuntutan Islam.

Jika bukan penduduk negara tersebut yang akan mengambil tugas untuk memakmurkan negara, siapa lagi? Justeru, manusia dituntut untuk bersama mengembleng tenaga dalam melaksanakan tugas ini.

Kini, kita melihat pelbagai perkara yang melanda negara tercinta sehingga rata-rata dari kita sudah terbit perasaan risau dan tertanya-tanya, apakah yang bakal berlaku kelak.

Namun, sesebuah negara yang kukuh itu dibentuk melalui pemimpin serta rakyatnya yang sama-sama menggalas tugas serta amanah sendiri.

Keamanan negara adalah sebuah aset yang sangat bernilai bagi menjamin kesejahteraan dan keharmoniannya. Apabila sesebuah keamanan wujud dalam negara, masyarakat dapat melaksanakan tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam memajukan negara.

Kita lihat, segalanya saling berkait. Jika negara aman, kemajuan dari aspek kesihatan, pembangunan, ekonomi serta pendidikan juga boleh membangun. Itulah yang dimaksudkan dengan aset negara yang paling bernilai.

Justeru, sebagai rakyat yang menyayangi negara, lakukanlah peranan anda walau sekecil-kecil perkara kerana ia mungkin mampu memberi kesan yang besar kepada negara.

Antara perkara mudah yang boleh dilakukan adalah dengan memanjatkan doa kepada Allah agar negara kita sentiasa dilindungi daripada kemudaratan dan diberi kesembuhan dari setiap masalah yang melanda.

ÙˆَØ¥ِØ°ْ Ù‚َالَ Ø¥ِبْرَاهِيمُ رَبِّ اجْعَÙ„ْ Ù‡َÙ€ٰØ°َا بَÙ„َدًا آمِÙ†ًا ÙˆَارْزُÙ‚ْ Ø£َÙ‡ْÙ„َÙ‡ُ Ù…ِÙ†َ الثَّÙ…َرَاتِ Ù…َÙ†ْ آمَÙ†َ Ù…ِÙ†ْÙ‡ُÙ… بِاللَّـهِ ÙˆَالْÙŠَÙˆْÙ…ِ الْآخِرِ

Mafhum: “Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Mekah) ini, negeri yang aman sentosa dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan pada hari akhirat di antara mereka.” (Surah Al-Baqarah, 2:126)

Doa ini pernah diamalkan oleh Nabi Ibrahim tatkala baginda meminta keamanan terhadap Kota Mekah.

Justeru, berdoalah meminta keamanan kepada Allah dalam setiap waktu kerana ia merupakan antara nikmat yang paling besar kepada manusia.

Sebagaimana sabda Baginda SAW yang bermaksud;

Maksud: “Barangsiapa di antara kamu masuk pada waktu dalam keadaan sihat badannya, aman pada keluarganya, dia memiliki makanan pada pokoknya pada hari itu, maka seolah-olah seluruh dunia dikumpulkan untuknya.” (HR As-Syaukani, 2/44)

Wallahu a’alam

Sumber:
JAKIM

The post Doa Daripada Nabi Ibrahim AS Yang Boleh Dibaca Untuk Keamanan Negara first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.