Ads Top

Usahawan Nur Sajat Akhirnya Telah Mengaku Dia Telah Ditahan Oleh JAIS

Usahawan kosmetik Nur Sajat akhirnya mengakui yang dia telah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di bawah Seksyen 10 Enakmen Janayah Syariah Selangor.

Dia dikatakan telah ditahan reman di pusat tahanan sementara di Kuala Kubu Bahru untuk disoal siasat.

Video dia dipanggil untuk sesi soal siasat dan penahanannya di pejabat JAIS juga turut dirakam dan disiarkan di akaun Instagram miliknya.

Menerusi video yang dirakam secara sembunyi itu, Sajat ditahan berhubung dengan laporan pada 23 Februari 2018 berkaitan majlis doa selamat bersama pelajar tahfiz di Seksyen 16, Shah Alam Selangor.

Sajat menerusi video tersebut ada mempersoalkan kenapa dia ditahan kerana menganjurkan majlis doa selamat.

Namun, seorang lelaki dipercayai pegawai JAIS yang dirakam dalam video tersebut memberitahu Sajat tidak ditahan kerana majlis tersebut.

Sebaliknya, terdapat elemen pemakaian di dalam majlis itu yang disyaki salah dan membawa kepada penahanannya.

Menerusi video berdurasi lebih 30 minit yang dimuat naik Sajat, dia turut menyelitkan gambar ketika majlis doa selamat itu diadakan.

Di dalam gambar itu, secara jelas, Sajat mengenakan pakaian baju kurung dan bertudung.

Sajat ketika hadir di pejabat JAIS juga didapati memakai baju kurung tanpa tudung dengan ditemani ibu, bapa serta peguamnya.

Dia turut meraung dan menangis serta menunjukkan tangannya yang luka selepas didakwa digari secara paksa oleh pegawai JAIS.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang setuju dengan tindakan JAIS terhadap Sajat apatah lagi isu jantinanya sering menjadi persoalan sebelum ini.

Namun, terdapat juga beberapa individu yang cuba mempertahankan Sajat dan menganggap tindakan yang diambil itu keterlaluan antaranya ialah peguam, Siti Kasim.

Untuk rekod, Sajat sebelum ini menafikan dirinya ditahan oleh Jais di bawah seksyen tersebut.

Malah, sebelum memuat naik video tersebut, Sajat telah menutup seketika akaun media sosialnya selepas terlalu ramai yang bertanya berkenaan perkara itu.

Mengikut undang-undang, seksyen tersebut adalah kerana menghina atau menyebabkan dipandang hina, dan lain-lain agama Islam.

Individu yang disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. – KopiPlanet.com

The post Usahawan Nur Sajat Akhirnya Telah Mengaku Dia Telah Ditahan Oleh JAIS appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.