Ads Top

AJL 35 Akhirnya Terpaksa Ditunda Bagi Mematuhi Pelaksanaan PKP

Anugerah Juara Lagu 35 yang telah dirancang untuk bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam pada 7 Februari ini terpaksa ditunda bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang semalam.

​Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh​ berkata, ketika sidang media baru-baru ini, pihaknya berharap agar PKP tidak dilaksanakan, dan AJL35 boleh berlangsung seperti yang dijadualkan.

“Namun, petang tadi (semalam), Perdana Menteri telah menguatkuasakan PKP bermula hari Rabu ini sehingga 26 Januari 2021. Tempoh 14 hari PKP ini akan mengekang tugas-tugas persediaan AJL35, terutama kerja-kerja pembinaan pentas dan set lain.

“Hal ini kerana, kerja-kerja pembinaan tersebut memerlukan tenaga kerja yang ramai dan untuk kebaikan semua pihak, kami memutuskan untuk menunda AJL 35 ke tarikh yang akan diberitahu kelak, sebaiknya setelah tempoh PKP ditamatkan secara rasmi,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurut Khairul, pihaknya memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat, mahupun secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan AJL 35 ini.

“Kami berharap juga agar semua rakyat akan patuh PKP demi kebaikan dan keselamat kita semua.” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post AJL 35 Akhirnya Terpaksa Ditunda Bagi Mematuhi Pelaksanaan PKP appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.