Ads Top

(Video) Mengada-ngada, Perangai Si Bulu Nak Makan Bersuap Buat Ramai Geram

Bila dah memiliki kucing, banyak ragam haiwan tersebut yang perlu dihadapi oleh setiap orang.

Belum kira lagi bab berhabiskan duit untuk perubatan dan makanannya.

Itu semua tidak menjadi masalah bagi orang yang betul-betul menganggap kucing seperti ahli keluarga sendiri.

Tapi, jaga-jaga ya. Haiwan comel itu juga sangat manja dan pastinya pandai membuatkan pemiliknya ‘patuh’ kepadanya.

Sama dengan video yang tular ini yang menyaksikan seekor kucing disuap makanan bagaikan ‘seorang raja’.

Kucing berwarna putih itu menarik perhatian ramai kerana dilihat sangat manja dan mengada .

Ramai yang terhibur dan ‘geram’ melihat telatah kucing itu.

Sumber: Matpida

The post (Video) Mengada-ngada, Perangai Si Bulu Nak Makan Bersuap Buat Ramai Geram appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.