Ads Top

Sukar Gerakkan Jari & Rasa Kebas, Joey Daud Alami Masalah ‘Trigger Finger’

Pelawak terkenal Joey Daud memaklumkan bahawa dia kini berhadapan dengan ‘trigger finger’ iaitu satu sindrom yang berkaitan saraf pada jarinya.

Joey berkata, akibat masalah tersebut, dia sukar untuk menggerakkan jari telunjuk kiri dan jari hantu kanan serta berasa kebas.

“Saya sudah mengalami masalah ini sejak tiga bulan lalu. Ia berpunca apabila saya terlalu aktif dengan aktiviti melukis mural.

“Kemudian, selepas selesai program lukisan mural di Johor, saya sambung pula aktiviti ride motor dan sejak itu saya mula merasa jari terasa kebas,” ujarnya.

Joey berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran telefilem 10 Tips Tipu Bini yang berlangsung baru-baru ini.

‘Trigger Finger’ merupakan sejenis penyakit jari yang berpunca disebabkan keradangan dan seterusnya penyempitan sarung retinacular.

Menurutnya, ketika membuat pemeriksaan, doktor menyarankan supaya dia membuat pembedahan kecil untuk cepat sembuh.

“Pada mulanya saya ingat penyakit ini berpunca daripada jantung, tetapi ketika pemeriksaan jantuj saya tiada masalah.

“Setakat ini saya cuma buat sedikit fisio serta mengawal pemakanan. Selain itu, saya cuba kurangkan pengambilan gula,” ujarnya yang masih belum merancang untuk membuat pembedahan. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Joey Daud

The post Sukar Gerakkan Jari & Rasa Kebas, Joey Daud Alami Masalah ‘Trigger Finger’ appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.