Ads Top

Azam Baharu – Seimbangkan Azam Anda Dari Sudut Rohani

Setiap kali menjelangnya hujung tahun, pasti kita akan mendengar mengenai azam baru atau matlamat yang akan dipasang untuk menuju tahun yang baru.

Tahun baharu sebagai titik tolak kepada permulaan yang baharu. Walaupun ada yang menganggap bahawa ia sekadar angka dan matlamat itu boleh sahaja dilakukan pada bila-bila masa tanpa perlu menunggu tahun baru, namun ada juga yang menganggap bahawa ia sebagai satu penanda aras untuk memulakan sesuatu yang baru.

Pasti ramai dari kita yang ingin melangkah ke tahun baru dengan nafas dan matlamat yang baru. Dan untuk tahun 2020, biarlah ia tamat pada penghujungnya, tanpa perlu membawanya ke tahun yang baru.

Sudahkah anda meletakkan azam dan matlamat untuk tahun 2021 ini? Azam dari sudut apa yang akan anda fokuskan? Adakah untuk kemajuan diri sahaja atau untuk kekayaan dunia? Bagaimana pula dengan azam untuk kerohanian anda?

Seimbangkan Matlamat Anda

Dalam kita menetapkan matlamat untuk pembangunan diri kita, jangan dilupa akan azam yang berbentuk kerohanian.

Apa matlamat anda untuk hubungan anda dengan Allah? Bagaimana dengan matlamat anda terhadap Al-Quran dan juga untuk ibadah-ibadah yang lain.

رِجَالٌ لَّا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَن ذِكْرِ اللَّـهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ ۙ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالْأَبْصَارُ 

Mafhum: “(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut seraya mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.” (Surah An-Nur, 24:37)

Imam Ibnu Kathir menyebut, golongan yang tidak dilalaikan dengan urusan keduniaan. Dirinya tidak mudah jatuh ke dalam godaan dunia dan setiap amalan yang dilakukan akan diseimbangkan antara duniawi dan juga akhirat.

Dalam kita meletakkan matlamat untuk mencari kekayaan wang, tambahkan juga misi untuk mencari kekayaan hati.

Dalam usaha kita untuk mendapat rezeki, kita perlu juga meletakkan usaha untuk mencari rezeki yang berkat.

Maksud: “Kamukah yang berkata begitu dan begini? Adapun demi Allah, sesungguhnya aku orang yang paling takut kepada Allah dalam kalangan kamu, paling bertakwa dalam kalangan kamu kepadaNya, namun begitu, aku berpuasa dan berbuka, bersolat dan tidur dan mengahwini wanita. Maka, sesiapa yang membenci sunnahku, ia bukan daripada kalanganku.” (HR Bukhari, no. 6063)

Oleh itu, kemas kini matlamat anda agar pencapaian yang akan anda peroleh kelak seimbang dari segi dunia dan agama.

The post Azam Baharu - Seimbangkan Azam Anda Dari Sudut Rohani first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.