Ads Top

Bolehkah Menyimpan Wang Tabung Masjid Dalam Simpanan Tetap (Fixed Deposit)

Amalan sedekah jariyah sangat digalakkan dalam Islam. Ia dipanggil sebegitu kerana manfaat serta pahalanya akan sentiasa mengalir umpama air sekalipun seseorang itu sudah meninggal dunia.

Perbuatan menyumbangkan sebahagian wang untuk kegunaan masjid pula sudah tentu termasuk dalam sedekah jariah lebih-lebih lagi apabila manfaat daripada sumbangan tersebut adalah untuk kegunaan ramai orang.

Tetapi, ada kalanya surau atau masjid mengalami masalah kekurangan dana. Ia terjadi mungkin kerana jemaah atau orang ramai kurang menderma pada sesuatu tempoh masa.

Antara langkah yang boleh dilakukan adalah pihak pengurusan masjid boleh memasukkan wang yang didermakan tersebut ke dalam simpanan tetap (fixed deposit). Hukumnya dibenarkan dalam Islam namun perlulah menepati syarat-syarat di bawah:

1. Wang yang didermakan kepada masjid bukanlah diniatkan khusus untuk urusan tertentu (contoh: sumbangan buat anak-anak yatim, orang susah, pembinaan madrasah dan sebagainya).

2. Wang masjid tersebut perlu disimpan dalam simpanan bank (fixed deposit) yang patuh syariah.

3. Wang yang ingin disimpan mestilah wang lebihan dari perbelanjaan dan bukanlah wang keperluan semasa bulanan.

4. Pihak masjid perlu melantik orang yang amanah dan bertanggungjawab untuk menguruskan wang sumbangan tersebut.

Langkah ini dilihat sebagai satu cara yang bijak untuk mengembangkan ekonomi masjid untuk kegunaan yang lebih pelbagai pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, pengurusannya perlu dirancang dengan baik dan teliti agar tujuan serta matlamat dapat dicapai.




No comments:

Powered by Blogger.