Zila Seeron Kembali Tidak Bertudung Buat Kali Kedua
Bintang Akademi Fantasia 4 (AF4), Zila Seeron kini dilihat sudah kembali semula untuk tidak memakai tudung.
Menerusi gambar terbaharu yang dimuatnaik di laman sosial Instagram, Zila dilihat tampil dengan imej berambut pendek.
Memandangkan dia tidak menutup ruangan komen di posting gambar berkenaan, ternyata bekas peserta AF4 itu mendapat kecaman ramai.
Malah, ramai peminat yang meninggalkan komen mengatakan dia kelihatan lebih cantik sekiranya tampil bertudung.
Ternyata, ini merupakan kali kedua Zila kembali untuk tidak mengenakan hijab setelah kali pertama berbuat demikian sekitar awal tahun 2017.
Bagaimanapun, pada bulan Oktober tahun yang sama, Zila mengambil keputusan untuk berhijab semula.
Sebelum ini, Zila pernah mendirikan rumah tangga dengan Along Cham pada tahun 2010, namun kedua-duanya mengambil keputusan untuk berpisah enam tahun kemudian.
Sepanjang perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Danial, 8, yang kini di bawah jagaan Along. – KopiPlanet.com
The post Zila Seeron Kembali Tidak Bertudung Buat Kali Kedua appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: