Ads Top

“Senyuman Yang Saya Lemparkan Adalah Untuk Semua Orang” – Ifa Raziah

Penyanyi Ifa Raziah menjelaskan dia sememangnya kerap melemparkan senyuman kepada pengunjung yang ditemui semasa berada di sebuah karnival jualan di Singapura baru-baru ini.

Menurut Ifa, adalah sesuatu yang wajar bagi dirinya untuk melemparkan senyuman setiap kali bertemu dengan peminat yang datang ke tempatnya.

“Apa yang saya ingat, memang saya akan melemparkan senyuman kepada semua orang yang saya temui terutama sekali pada peminat-peminat yang datang berkunjung.

“Lagipun senyum kepada orang lain itukan satu sedekah, jadi apa salahnyakan,” katanya yang ditemui semalam.

Pada Isnin lalu, pengacara Roslan Shah menerusi Instagramnya mengucapkan terima kasih kepada Ifa kerana membalas senyuman yang dilemparkan semasa berada di sebuah karnival di Singapura pada hujung minggu lalu.

Malah, Roslan juga menganggap perkara itu sebagai satu perkembangan positif kerana enggan memanjangkan lagi sengketa antara mereka berdua yang berlaku sejak tahun lalu.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Ifa mengambil pendekatan untuk enggan mengulas lanjut dan mahu apa yang terjadi antara mereka berlalu begitu sahaja. – KopiPlanet.com

The post “Senyuman Yang Saya Lemparkan Adalah Untuk Semua Orang” – Ifa Raziah appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.