Ads Top

Sidang Media Darren Wang Dibatalkan Gara-Gara Skandal Seungri

Sidang media filem Taiwan, Fall In Love At First Sight yang sepatutnya berlangsung di Seoul, Korea Selatan semalam terpaksa dibatalkan disebabkan masalah dalaman.

Namun, rata-rata netizen berpendapat pembatalan itu ada berhubung kait dengan kontroversi menimpa ahli kumpulan Big Bang, Seungri baru-baru ini.

Mereka berpendapat aktor filem itu, Darren Wang turut terlibat dengan jenayah yang dilakukan Seungri memandangkan mereka sebelum ini pernah bergambar bersama.

Walau bagaimanapun, pihak agensi Darren telah mengeluarkan satu kenyataan menafikan perkara tersebut.

“Khabar angin yang tersebar di Internet mengenai Darren adalah tidak benar sama sekali. Penglibatan Darren dengan isu melibatkan Seungri adalah tidak masuk akal. Mereka hanya bersahabat. Pihak kami tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan khabar berita tidak benar ini,” kata agensi tersebut.

Pihak penganjur dikatakan membatalkan sidang media itu kerana bimbang pihak media akan bertanyakan soalan yang tiada kaitan dengan filem tersebut sebaliknya lebih berminat dengan penglibatkan Darren terhadap kontroversi yang menimpa Seungri.

Seungri kini disiasat pihak polis selepas kelab malam miliknya, Burning Sun disyaki terlibat dalam skandal rasuah, pelacuran dan penyalahgunaan dadah. – KopiPlanet.com

No comments:

Powered by Blogger.