Ads Top

Zizan Razak Cari Dan Ingin Bantu Makcik Doraemon Ini

Saya ingin ke Kuantan cari Makcik Yah Zizan Razak luah simpati mahu bantu Makcik Doraemon

Beberapa minggu lalu, tular beberapa keping gambar seorang wanita warga emas yang sanggup mengambil upah memakai kostum kartun Doraemon di pantai peranginan Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang demi menyara hidupnya.

Dikenali dengan nama Makcik Yah, wanita berusia 56 tahun itu mula menjadi perhatian banyak pihak yang berhasrat ingin membantunya bagi meringankan beban ditanggungnya.

Tidak terkecuali, selebriti terkenal, Zizan Razak yang berhasrat mencari wanita tersebut kerana tersentuh hati melihat keadaan Makcik Yah.

Makcik Yah bekerja demi menyara hidup selain mahu membeli makanan untuk kucing-kucing belaannya.

“Insya-Allah, jika ada masa terluang, saya akan ke Kuantan mencari makcik tersebut.

“Kasihan saya lihat makcik tu,” komennya ringkas kepada MHE TV.

Terdahulu, ketika artikel mengenai Makcik Yah diterbitkan, Zizan telah menghubungi pihak MHE TV untuk mendapatkan maklumat lanjut wanita tersebut.

Sementara itu, individu terawal yang memuat naik kisah getir Makcik Yah di laman sosial, Tuan Yunus Ahmad, 34 atau mesra disapai sebagai Yus memberitahu, wanita itu hidup seorang diri sambil ditemani kucing-kucing belaannya di kejiranan berdekatan Teluk Cempedak.

Yus dan rakannya bersama Makcik Yah di medan selera yang terdapat di Teluk Cempedak.

“Sudah 20 tahun dia berpisah dengan suami dan anak-anaknya. Sebab itu dia duduk seorang diri.

“Hampir setiap hari dia datang ke Teluk Cempedak mengambil upah memakai kostum animasi. Antaranya watak Doraemon dan Hello Kitty,” cerita Yus.

Selain watak Doraemon, Makcik Yah juga menyarung kostum Hello Kitty.

Yus juga merupakan antara orang awam yang mengambil upah memakai kostum di kawasan peranginan popular itu dan dari situ dia mengenali Makcik Yah. – MHE TV

Sumber:mhetv / menujukebenaran




No comments:

Powered by Blogger.