‘Motor Sajalah Kenderaan Utama Kami’ Nad Zainal Imbas Memori Masa Kecil
Biar pun sudah jadi pelakon terkenal, Nad Zainal atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin tak pernah lupa asal usul.
Memori masa kecil disimpan kemas dalam kotak ingatan. Begitulah yang dikongsikan dalam instagramnya ketika membonceng motosikal bersama suami, Muhammad Faliq Amirudin.
Ibu kepada si comel, Yem ini terkenang kembali kisah zaman kecilnya.
“Dari zaman sekolah, saya diambil dari rumah nenek dengan motor papa saya. Ke sekolah juga dihantar naik motor.”
Kongsinya, mereka tiada kenderaan lain melainkan motosikal.
“Waktu itu kami tiada kereta. Pernah dalam perjalanan ke Genting Highland, kami tiga beranak terkandas kerana tayar pancit.”
“Banyak kali juga motor kampcai tu pancit. Mungkin dek bebanan kena ‘pikul’ tiga manusia.”
“Siapa yang nak membahayakan nyawa anak mereka? Tapi waktu itu, motor sajalah kenderaan utama kami.” Tulisnya lagi.
Baca Sini : Nad Zainal ‘Awak Dah Berjaya Menyentuh Hati Kami’ Ibu Bapa Yang Ada Anak Istimewa
Umur 9 Tahun Nad Zainal Dapat ‘Hadiah’ Istimewa
Akui Nad Zainal lagi, waktu umutnya 9 tahun, dia terima ‘hadiah’ istimewa dari motor RXZ papanya.
“Akibat salah langkah turun, kaki saya kena ekzos dan parut tu kekal sampai sekarang. Yang paling saya tak lupa, bagaimana papa begitu risau.”
“Dan dia telah letak ubat gigi supaya kesan lecur tu reda. Tiap kali saya menaiki motor, pengalaman dan memori itu akan datang menyapa kembali.”
Sungguh kan, bila kita sudah ada kenderaan kereta. Dan sesekali menaiki motosikal, tentu ada nostalgia yang sukar dilupakan.
MW : Doakan Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2018 ini terus sukses dengan kerjaya lakonannya yang mantap.
Sumber/Foto : Nad Zainal
The post ‘Motor Sajalah Kenderaan Utama Kami’ Nad Zainal Imbas Memori Masa Kecil appeared first on Mingguan Wanita.
No comments: