Ads Top

Tindakan Dua Orang Pemandu Grab Ini Sujud Syukur Selepas Dapat Tajaan Umrah Buat Netizen Sebak

Sebak melihat rakaman video yang diambil menyaksikan dua orang lelaki merupakan pemandu Grab di Indonesia melakukan sujud syukur sebaik diberitahu bahawa mereka terpilih untuk menunaikan ibadah umrah.

Video tersebut tular di media sosial dan mendapat reaksi bercampur-baur daripada netizen.  Ada yang gembira melihat mereka, dan ada juga yang sebak apabila terpancar kegembiraan yang ditonjolkan kedua-dua lelaki ini.

Tri Mulyanto dan Supriyono merupakan pemandu Grab sudah lama menjadikan kerjaya itu sebagai punca pendapatan mereka.  Melalui rakaman video tersebut, mereka didatangi seseorang yang memberikan sekeping kertas jemputan.

Tanpa disangka-sangka, kertas itu adalah ‘tiket’ buat mereka kedua ke tanah suci ditaja sepenuhnya oleh pihak Grab di atas sumbangan dan prestasi mereka sepanjang bekerja dengan syarikat berkenaan.

Momen-momen sebak itu sempat dirakam sambil kedua-dua mereka mengucap syukur yang tak terhingga diatas penghargaan yang diberi.

Tri Mulyanto dan Supriyono dikatakan bakal berangkat ke Mekah pada Mac ini.

Program yang diberin nama #ImpianUmrahItuDekat dibuat 3 kali setahun oleh pihak Grab dalam memberi penghargaan kepada setiap pemandu mereka yang menunjukkan prestasi yang baik serta mendapat banyak reaksi serta maklum balas positif daripada pelanggan.

Seramai 200 pemandu bertuah ditaja oleh syarikat perkhidmatan gergasi terbabit melibatkan 7 bandar di Indonesia.

Sumber: Coconuts Jakarta




No comments:

Powered by Blogger.