Kementerian Akan Siasat Mengenai Seorang Guru Yang Didakwa Mencuri Dan Menyebar Gambar Seorang Gadis Ini
SEORANG guru ‘gatal’ yang didakwa mencuri dan menyebar gambar seorang gadis di grup sebagaimana tular di media sosial baru-baru ini sedang disiasat pihak berkuasa.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada mStar Online, pihak sekolah di mana guru tersebut mengajar telah menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan tersebut.
“Kementerian memandang serius dakwaan tersebut. Pihak sekolah telah mengambil tindakan segera dengan memanggil guru terbabit untuk mendapatkan keterangan. Satu siasatan dalaman sedang dijalankan.
“Pada masa sama, memandangkan guru terbabit telah membuat laporan polis, kementerian juga menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan,” demikian menurut kenyataan tersebut.
Terdahulu mStar Online melaporkan, seorang gadis yang dikenali sebagai Serena Ngu Qian Xing mendakwa guru tersebut memperkenalkannya sebagai pelacur kepada ahli kumpulan sembang yang dikenali sebagai Matscandal.
Berang dengan perkara itu, Serena bertindak memuat naik paparan skrin posting guru terbabit dalam kumpulan sembang tersebut di laman Twitternya.
“Saya tak fikir tweet itu akan dapat perhatian ramai sebab saya hanya mahu lepaskan geram dan marah. Tapi tak sangka tiba-tiba saya dapat DM daripada pelajar dan bekas pelajar cikgu tersebut.
“Mereka beritahu cikgu itu memang gatal. Ada yang mendakwa mereka pernah diajak keluar dan disentuh cikgu itu dengan sengaja.
“Malah ada pelajar tingkatan dua yang baru berpindah ke sekolah itu mengadu cikgu tersebut mahu berkenalan dengannya,” kata gadis yang bekerja sebagai jurusolek di Johor Bahru itu.
Sementara itu, guru terbabit yang dikenali sebagai Saufi mendakwa insiden yang tular itu sebenarnya hanya salah faham.
Pertama sekali, menurut guru berusia 33 tahun itu, keberadaannya di dalam kumpulan sembang pornografi aplikasi Telegram tersebut hanya untuk memantau senario yang semakin membimbangkan dalam kalangan masyarakat masa kini.
“Apa yang saya lihat pelajar-pelajar saya terlalu ‘advanced’ dalam benda-benda macam ni.
“Sebagai seorang yang bergelar guru, saya rasa terpanggil untuk memantau masalah sosial yang berlaku dalam group seperti itu.
“Bagaimanapun saya berasa terkilan kerana akhirnya berlaku salah faham melibatkan diri saya,” katanya.
Serena ketika dihubungi mStar Online menafikan dakwaan guru terbabit mengenai dia cuba menyekatnya di Twitter.
“Dia sebenarnya yang block saya di Twitter, jadi saya DM (dia) guna Instagram. Saya tegur dia ‘eh masih follow saya lagi ke’? Dia hanya jawab sorry, boleh bincang?
“Saya tak nak dan terus block dia,” katanya.
Gadis berketurunan Cina-Iban itu turut menarik nafas lega dan berterima kasih di atas keprihatinan kementerian berhubung dakwaan tersebut.
“Terima kasih di atas reaksi balas pihak kementerian. Saya harap tindakan yang sewajarnya diambil agar insiden sama tidak berulang terutama membabitkan pelajar di sekolah guru tersebut,” katanya.
Gadis dedah cikgu ‘gatal’ curi gambar, perkenal dirinya sebagai p3lacur di grup
TERKEJUT dan marah. Itulah reaksi seorang gadis apabila beberapa keping gambarnya yang dimuat naik di media sosial ‘dicuri’, kemudian disebarkan oleh seorang lelaki di dalam kumpulan sembang di aplikasi Telegram.
Lebih memeranjatkan, lelaki tersebut yang didakwa berkhidmat sebagai guru di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur turut memperkenalkan mangsa sebagai pelacur kepada ahli kumpulan sembang tersebut.
Mangsa, yang dikenali sebagai Serena Ngu Qian Xing berkata dia dimaklumkan mengenai perkara itu oleh seorang rakan lelakinya yang turut mengikuti kumpulan sembang itu yang dikenali sebagai Matscandal.
“Kawan saya tiba-tiba mesej beritahu dia nampak gambar saya dekat group tersebut. Lelaki itu mendakwa saya sebagai p3lacur berbayar.
“Tapi saya difahamkan dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Dia juga guru mata pelajaran Pendidikan Seni dan juga jurulatih bola sepak di sekolahnya,” kata gadis berketurunan Cina-Iban itu.
Jelas Serena, dia pernah menghubungi guru tersebut menerusi mesej di Instagram untuk bertanyakan mengenai perbuatannya itu.
“Memandangkan dia block saya di Twitter, jadi saya DM (dia) guna Instagram. Saya tegur dia ‘eh masih follow saya lagi ke’? Terus dia minta maaf dan ajak saya untuk berbincang.
“Saya tak nak dan terus block dia. Kawan saya juga sengaja tanya dia dalam group sembang tersebut konon nak tengok gambar saya. Rupa-rupanya bukan satu gambar dia curi tapi banyak lagi.
“Bila kawan saya tanya mana dia dapat gambar tu, lelaki tu pura-pura beritahu dia lupa dapat dari mana,” katanya.
Susulan itu, Serena membuat laporan polis demi keselamatan dirinya pada 7 Februari lalu.
“Saya dinasihatkan supaya membuat laporan polis berhubung perkara itu agar tindakan dapat diambil ke atas guru berkenaan.
“Saya turut dimaklumkan bahawa guru tersebut sedang dalam perhatian. Saya berharap tindakan sewajarnya diambil agar insiden sama tidak berulang,” katanya.
Malah, Serena turut menasihatkan gadis yang pernah menjadi mangsa gangguan seksual supaya tampil mempertahankan diri.
“Kalau ada apa-apa terjadi dekat sekolah atau di mana sahaja jangan hanya berdiam diri. Tampil pertahankan diri anda.
“Kita ada hak nak pakai baju macam mana dan kita juga ada hak untuk post gambar sebab akaun (media sosial) itu atas nama kita.
“Kalau anda ghairah tengok foto saya, tolong kawal nafsu anda. Segalanya bermula dengan pemikiran anda,” katanya.
SUMBER:MSTAROnline
No comments: