Jeon Somi Rasa Terujan, Tidak Sabar Nak Menyanyi Secara Solo
Penyanyi Ennik Somi Douma merupakan nama sebenar Jeon Somi daripada bekas anggota I.O.I. meluahkan rasa teruja ingin membuat kemunculan awal dalam bidang seni secara solo.
Terdahulu, Somi, 18, telah mendedahkan kenyataan ini akan mebuat perancangan muzik terbaharu dan bakal menyanyi tanpa berkumpulan pada Mac nanti
Sementara itu, penyanyi dari Kanada ini telah memuat naik status menerusi laman Instagram miliknya meminta agar peminat setianya untuk bersabar sedikit menunggu kemunculan solo tidak lama lagi.
“Kepada peminat setia saya, jangan fikir saya menjauhkan diri dan tolong jangan murung atau jatuh kerana saya.
“Sesungguhnya hari itu akan tiba. Saya harap kamu semua teruja. Saya akan buat persembahan yang terbaik,“ tulisnya.
Rata-rata peminat terlalu teruja setelah melihat posting berkenaan dan tidak sabar menanti hari kemeriahan idola mereka yang akan kembali aktif dalam industri muzik selepas menamatkan kontrak dengan agensi pengurusan JYP Entertainment pada 20 Ogos 2018. – KopiPlanet.com
The post Jeon Somi Rasa Terujan, Tidak Sabar Nak Menyanyi Secara Solo appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: