Lancar Tab Drama Onz, iQIYI Terus Kukuh Kedudukan Sebagai Platform #1 Drama Tempatan
iQIYI, peneraju dalam penstriman hiburan digital, meneruskan momentum kejayaan dengan pelbagai perancangan menarik untuk tahun 2025.
Selepas mencapai sambutan luar biasa pada tahun lalu, iQIYI mengukuhkan kedudukannya sebagai platform utama drama tempatan dengan menjalin kerjasama bersama Media Prima dan pelbagai produksi tempatan seperti MIG Production, Skop Production, Pencil Picture Production dan Zeel Production untuk melancarkan lebih banyak kandungan eksklusif pada tahun ini.
Menurut Li Kaichen (KC Li), Naib Presiden, APAC & MENA, iQIYI Antarabangsa, “Selepas beberapa kejayaan tahun lepas, drama tempatan telah mencapai lebih 200 juta tontonan digital, iQIYI mengambil langkah untuk menubuhkan segmen khas seperti ‘Drama Onz’ – sebuah destinasi utama untuk kandungan drama Melayu berkualiti tinggi yang mempunyai peminat tersendiri.”
Sebagai platform #1 pilihan untuk drama tempatan, iQIYI berpotensi menampilkan lebih ramai bakat tempatan dan memperkenalkan barisan drama baharu sepanjang tahun 2025.
Antara tajuk utama iQIYI Original yang bakal dilancarkan termasuk Mawar Dahlia, Dosa Cinta, Safira, dan Griya. Selain drama tempatan, iQIYI juga menawarkan pelbagai pilihan hiburan seperti Chinese Drama (C-Drama), Anime, dan Reality TV lengkap dengan sarikata untuk tontonan yang lebih inklusif.
Dari Skrin ke Hati: Pelancaran Tab Khas – Drama ONZ
Menurut Nini Yusof, Ketua pegawai eksekutif, Media Prima Television Networks & Primeworks Studios
“Media Prima sangat teruja dengan kolaborasi ini bersama iQIYI, sebuah syarikat bertaraf antarabangsa. Dengan kehadiran tab terbaru, Drama Onz, yang mengetengahkan konsep catchy dan young, kami yakin ia akan menarik lebih ramai peminat drama Melayu, khususnya golongan muda di Malaysia.”
Tab khas ini turut mendapat sokongan daripada HONOR X9a Tab, sebagai penaja utama yang menjanjikan pengalaman penstriman terbaik dengan tagline: “Stream the best drama experience with HONOR X9a Tab.”
Kolaborasi Strategik Dengan CelcomDigi: Perkenalkan StreamMORE
Sempena Raya, nikmati iQIYI Standard VIP bersama CelcomDigi serendah RM11.90/bulan dengan 10GB data, atau pilih SpeedStream Pass RM47/bulan untuk penstriman tanpa had. Pelanggan baharu juga dapat 1 bulan akses percuma dari 26 Mac hingga 28 April 2025. Langgan di MyDigi, Celcom Life App, atau cawangan terpilih CelcomDigi..
Menurut Jony Deng, Pengurus Besar, iQIYI Malaysia & Singapore
“Kolaborasi antara iQIYI dan CelcomDigi melalui project StreamMORE membolehkan pelanggan menikmati hiburan tanpa batasan dengan cara yang lebih mudah dan fleksibel. Kami percaya kerjasama ini akan memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna.”
Dengan pelbagai pelancaran dan kerjasama strategik yang dirancang, iQIYI terus mengukuhkan kedudukannya sebagai platform utama untuk drama tempatan dan hiburan Asia terbaik. Inisiatif seperti Drama Onz, kandungan eksklusif baharu, serta perkongsian dengan Media Prima, HONOR, dan CelcomDigi menandakan satu era baharu dalam landskap penstriman digital di Malaysia. iQIYI kekal komited dalam membawa pengalaman hiburan berkualiti tinggi kepada penonton di seluruh negara. – KopiPlanet.com
The post Lancar Tab Drama Onz, iQIYI Terus Kukuh Kedudukan Sebagai Platform #1 Drama Tempatan appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: