Nika Iskandar Lancar Produk SKANDARL Beauty Tinted Lip Serum, Rawat & Suburkan Bibir Semula Jadi
Setelah agak lama tidak membuat kemunculan, pelakon kelahiran Brunei, Nina Iskandar membuat kejutan dengan melancarkan produk kecantikan yang diberi nama SKANDARL Beauty.
Tampil dengan produk sulungnya iaitu Serum Bibir Berwarna yang bukan hanya memperindah malah merawat dan menyuburkan bibir secara semula jadi.
Sebagai seorang ibu, wanita bekerjaya, dan juga insan biasa yang pernah merasa letih dan hilang arah, Nina mencipta SKANDARL sebagai satu peringatan bahawa mencintai diri tidak perlu ditunjuk secara besar-besaran, ia boleh bermula dengan sesuatu yang sekecil sapuan serum bibir.
“SKANDARL merupakan ‘hadiah kecil’ dari hati saya untuk semua wanita yang mungkin telah terlupa betapa indahnya diri mereka.
“Saya juga pernah berada di tempat itu dan berharap agar serum ini dapat menjadi satu langkah kecil untuk membantu kita rasa yakin kembali,” katanya.
Diperkayakan dengan ekstrak botani yang menyegarkan kulit, peptida kolagen, Vitamin E, dan perlindungan SPF, Serum Bibir Berwarna bukan sekadar mencantikkan, ia melindungi, merawat, dan mengembalikan seri bibir dan wajah sepanjang hari.
Diformulasikan untuk semua peringkat umur dan gaya hidup, serum ini amat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah bibir kering, gelap, atau kusam termasuk individu yang tidak mempunyai masa untuk rutin solekan penuh, atau yang lebih gemar penampilan semula jadi dan menyihatkan.
Ia boleh digunakan siang atau malam, memberikan warna lembut mengikut pH bibir sambil merawat bibir secara menyeluruh. Ini adalah penjagaan kulit bukan sekadar solekan.

Majlis pelancaran yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu negara baru-baru ini, turut diserikan oleh kehadiran Tetamu Kehormat, Yang Mulia Tuan Mohd Aizul Hakim Pehin Haji Suyoi, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di Malaysia.
Kehadiran beliau membawa makna yang amat besar buat Nina dan pasukannya, melambangkan kebanggaan negara serta sokongan rentas sempadan terhadap keusahawanan anak Brunei.
“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam kerana sudi hadir dan memberikan sokongan. Ia amat bermakna buat saya secara peribadi.
“Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada para penaja utama kami, Bakeo Events & Entertainment, St. Giles Boulevard Hotel, Bakeo Energy Services, Istech Services, Cha Aroi Company dan seluruhnya atas kepercayaan dan sokongan yang luar biasa. Kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini, saya amat menghargainya. Terima kasih dari lubuk hati saya,” luahnya.

Perkembangan Jenama & Pencapaian:
Pelancaran Serum Bibir Berwarna pada Mac lalu telah mencatat kejayaan memberangsangkan dengan 80 peratus daripada stok terjual dalam tempoh sebulan, susulan pelancarannya di Brunei, satu petunjuk jelas terhadap permintaan pasaran yang kukuh.
“Melangkah ke hadapan, kami dalam perancangan untuk meluaskan rangkaian produk kecantikan dengan pelancaran produk-produk baharu dijangka pada penghujung 2025.
“Sebagai jenama yang berbangga dengan akar umbi Asia Tenggara, kami berhasrat untuk mengembangkan kehadirannya di peringkat global. Serum bibir ini sesuai digunakan oleh semua peringkat umur, terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah bibir kering, gelap, atau kusam.
“Ia boleh digunakan siang atau malam, dengan sapuan yang mudah tetapi memberikan penjagaan yang berkesan dan menyerlahkan seri semula jadi.
“Sementara laman web rasmi kami masih dalam pembangunan, pelanggan boleh mendapatkan serum bibir itu melalui platform media sosial rasmi kami,” kongsinya.
Untuk maklumat lanjut atau untuk membuat pesanan, sila ikuti kami di Instagram @skandarlbeauty dan TikTok: @skandarlbeauty.ent atau hubungi kami melalui e-mel di hello@skandarl.com. – KopiPlanet.com
The post Nika Iskandar Lancar Produk SKANDARL Beauty Tinted Lip Serum, Rawat & Suburkan Bibir Semula Jadi appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: