Mahu Hantar Ke Sekolah Tahfiz, Fizz Fairuz Akui Akan Rasa Gembira Jika Ada Anak-Anaknya Jadi Penghafaz Al-Quran
Pelakon popular, Datuk Fizz Fairuz mengakui cabaran besar bakal dihadapi oleh kebanyakan ibu-bapa dari semasa ke semasa seiring dengan peredaran masa dalam membesarkan anak-anak.
Fizz berkata, dalam arus pemodenan sekarang, banyak faktor yang harus diambil kira semasa mendidik anak-anak yang sedari kecil sudah terdedah dengan gajet dan internet yang pastinya memberikan impak berbeza berbanding zaman dahulu.
“Tidak dinafikan anak-anak zaman sekarang hidup berbeza dengan zaman saya dahulu. Sekarang semuanya sudah di hujung jari dan mereka lebih mudah meneroka apa sahaja yang dimahukan.
“Malah, saya sendiri masih memantau aktiviti anak-anak jika berada diri rumah. Apa yang mereka lihat dan apa yang mereka tonton juga perlu diketahui. Kalau ada yang tak betul kita boleh tegur,” jelasnya.
Ujarnya, pendidikan awal kanak-kanak amat penting dalam membentuk sahsiah dan jati diri kanak-kanak sebelum mereka membesar dan boleh berdikari.

Dia sendiri, sentiasa memberikan ingatkan kepada kesemua anak-anaknya bahawasanya ilmu dan pendidikan amat penting yang akan menjadi bekal mereka dikemudian hari.
Paling penting adalah asas agama memandangkan itu yang akan menjadi benteng kepada kehidupan anak-anak dikemudian hari.
Jelas suami kepada pelakon Almy Nadia ini lagi, dia sendiri memang menerapkan ilmu agama kepada anak-anak mereka dan gembira sekiranya ada di antara mereka yang bakal menjadi penghafal Al-Quran pada masa hadapan.

“Saya teruja sebenarnya bila dapat tahu ada sekolah tahfiz sudah dibuka yang memberikan tumpuan kepada anak-anak pra-sekolah di Pahang.
“Bila dapat tahu sahaja kewujudan pusat pra-sekolah seperti itu, sudah tentu saya teruja memandangkan jarang sekali adanya pusat pengajian yang memberikan tumpuan hafazan al-Quran untuk kanak-kanak.
“Rasanya ibu-bapa di Pahang dan kawasan sekitar boleh mempertimbangkan untuk menghantar anak-anak ke sana. Setidaknya ini akan jadi bekalan mereka dikemudian hari,” katanya merujuk kepada Tadika Tahfiz Negeri Pahang.
Sebagai info, Fizz mendirikan rumah tangga bersama Almy pada 2014 dan pasangan ini dikurniakan Nur Afrina Arianna, 10; Nur Afrina Aurora, 9; Nur Afrina Ayra, 7; Nur Afrina Aisyah, 4 dan Nur Afrina Alisya, 5 bulan. – KopiPlanet.com
The post Mahu Hantar Ke Sekolah Tahfiz, Fizz Fairuz Akui Akan Rasa Gembira Jika Ada Anak-Anaknya Jadi Penghafaz Al-Quran appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: