Ads Top

Amber Lancar Koleksi ‘Raya Romantics’, Enam Wajah Anggun Bergaya Dengan Fesyen Spektakular Aidilfitri 2025

Jenama gaya hidup terkemuka, Amber, kembali mencetus fenomena fesyen dengan pelancaran koleksi istimewa Raya Romantics bagi menyambut Aidilfitri 2025.

Koleksi ini menampilkan gaya fesyen spektakular, menggabungkan keanggunan klasik dengan sentuhan moden yang sofistikated. Menambah keistimewaan koleksi kali ini, Amber dengan bangganya mempersembahkan enam wajah rasmi jenama yang juga antara selebriti terkemuka Malaysia iaitu Awal Ashaari, Scha Alyahya, Aina Abdul, Fattah Amin, Nora Danish, dan Sophia Albarakbah.

Setiap helaian dalam koleksi Raya Romantics direka dengan perincian mewah dan eksklusif, menampilkan sulaman floral yang indah pada kain 100% kapas. Pemilihan fabrik berkualiti tinggi ini bukan sahaja memastikan keselesaan pemakai tetapi juga memberi sentuhan elegan yang sesuai dengan cuaca di Malaysia.

Dengan palet warna yang pelbagai, koleksi ini menawarkan rekaan yang sesuai untuk semua, sama ada untuk majlis santai mahupun perayaan yang lebih meriah.

Koleksi Raya Romantics 2025

• Lelaki: 6 rekaan, setiap satu dalam 3 warna (18 warna keseluruhan)

• Perempuan: 11 rekaan, setiap satu dalam 2 warna (22 warna keseluruhan)

• Saiz tersedia: XS – 3XL

• Julat harga: RM269 – RM459

Eksklusif di Platform Jualan

Koleksi Raya Romantics boleh didapati di lokasi berikut:

✅ Amber Flagship Store – Shangri-La, Kuala Lumpur

✅ Butik Amber – Wangsa Walk Mall

✅ Dalam talian: https://ift.tt/TRwUX19

✅ TikTok Shop: @AmberModeOfficials

Sebagai sebahagian daripada jenama di bawah Usanita, Amber terus komited dalam membawa revolusi fesyen tempatan ke tahap yang lebih tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif Usanita, Datuk Adzliana Hasan, menzahirkan rasa bangga dengan koleksi terbaru ini serta optimis terhadap sasaran jualan yang ditetapkan:

“Koleksi ‘Raya Romantics’ oleh Amber adalah satu manifestasi keindahan budaya dan inovasi fesyen moden. Setiap helaian direka dengan teliti bagi memastikan bukan sahaja gaya yang memukau, tetapi juga keselesaan yang tiada tandingan. Sebagai jenama di bawah Usanita, kami percaya dalam memperkasa jenama tempatan untuk terus bersaing dan berkembang di peringkat lebih tinggi.

“Dengan koleksi yang menampilkan rekaan elegan dan berkualiti tinggi ini, kami yakin Amber akan menjadi pilihan utama buat mereka yang ingin tampil anggun dan bergaya sepanjang Aidilfitri ini.”

Beliau turut berkongsi keyakinan terhadap penerimaan luar biasa koleksi ini di pasaran dan mendedahkan sasaran jualan Amber untuk tahun ini.

“Tahun ini, kami mensasarkan jualan sebanyak 300,000 helai daripada koleksi ‘Raya Romantics’. Sasaran ini berpandukan kepada kejayaan koleksi sebelum ini serta permintaan yang semakin meningkat terhadap fesyen raya yang eksklusif dan berkualiti.

“Kami percaya dengan rangkaian platform jualan yang kukuh, strategi pemasaran yang berkesan serta keyakinan pelanggan terhadap jenama Amber, sasaran ini dapat dicapai. Malah, tahun ini Amber turut menyertai beberapa festival raya seperti Celebfest Singapore (7 – 9 Mac 2025) dan *Absolute Fest Gaya Raya* (21 – 24 Mac 2025).”

Dengan gabungan fesyen yang memukau, fabrik berkualiti tinggi, dan perincian mewah, Raya Romantics oleh Amber menjanjikan pengalaman berpakaian yang spektakular untuk setiap individu.

Untuk maklumat lanjut mengenai koleksi Raya Romantics, sila layari https://ift.tt/TRwUX19 atau ikuti @AmberModeOfficials di TikTok. – KopiPlanet.com

The post Amber Lancar Koleksi ‘Raya Romantics’, Enam Wajah Anggun Bergaya Dengan Fesyen Spektakular Aidilfitri 2025 appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.