Ads Top

Akui Rasa Kesunyian, Noralbaniah Kini Sedia Untuk Kembali Bergelar Isteri… Tak Kisah Dapat Suami Muda

Pelakon veteran, Noralbaniah mengakui kehidupannya berasa sunyi tanpa kehadiran lelaki di sisinya sepanjang 29 tahun bergelar seorang ibu tunggal.

Noralbaniah berkata, bagi mengatasi rasa sunyi itu dia sedia untuk kembali berumah tangga, meskipun pernah mengeluarkan kenyataan yang dirinya tidak mahu lagi berkahwin.

“Kalau menjawab mengenai perkara ini, jawapan saya dulu dan sekarang rasa berbeza. Dulu saya cakap tak perlu kahwin lagi sebab dah tua. Tapi sekarang lain sebab saya rasa sunyi.

“Sekarang kalau ada orang nak dan jumpa yang sesuai, saya memang bersedia untuk berkahwin. Cuma setakat ini tiada yang mahu dengan saya. Saya pun tak tahu,” katanya.

Pelakon itu berkata demikian ketika ditemui di Tayangan Perdana filem Limbungan: Tragedi Hitam 1975 yang berlangsung semalam.

Ditanya mengenai ciri-ciri lelaki yang dapat menjadi teman hidupnya, Noralbaniah menyatakan dia tidak mengharapkan lebih dan hanya inginkan seseorang yang boleh menerima dirinya seadanya.

Tidak kisah bertemu jodoh dengan lelaki lebih muda, namun dia menolak untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana yang berstatus suami orang.

“Masih lagi dalam proses mencari, cuma kalau boleh janganlah suami orang. Apa yang lebih penting, lelaki itu boleh faham kerenah saya. Saya tak nak berusia sangat, tak apa kalau muda dari saya asalkan dia matang,” jelasnya.

Untuk rekod, Noralbaniah pernah mendirikan rumah tangga bersama pelumba kereta iaitu Sudarman Daud pada 1994 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Syarra.

Bagaimanapun jodoh mereka tidak panjang apabila Sudarman meninggal dunia pada 1996 akibat nahas jalan raya. – KopiPlanet.com

The post Akui Rasa Kesunyian, Noralbaniah Kini Sedia Untuk Kembali Bergelar Isteri… Tak Kisah Dapat Suami Muda appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.