Nora Danish Makan Di Restoran Gordon Ramsay, Netizen Persoalkan Tentang Status Halal
Pelakon popular, Nora Danish telah berkongsi pengalamannya bersama keluarga menikmati hidangan di restoran Gordon Ramsay Bar & Grill di Sunway Resort yang diasaskan oleh cef terkenal dunia, Gordon Ramsay.
Menerusi posting di Instagram, pelakon itu berasa teruja apabila disajikan dengan beberapa hidangan seperti Steak Tartare dan Beef Wellington.
“Our first time dining at @gordonramsaybarandgrillkl The food was amazing. The highlight for us was the Steak Tartare n Beef Wellington, yumss!
“Oh yes and the Scallop was good too, and the Oysters . Thank u @sunwayresortkualalumpur for the wonderful hospitality,” tulisnya.
Bagaimanapun, terdapat segelintir netizen yang mula mempersoalkan tentang status halal restoran tersebut sehingga menjadi perdebatan.
“Korang,kedai kalau dia xcert halal atau mmg makanan dia semua berunsurkan tidak halal mmg dia akan mention dkt kita kalau kita melayu.
“Aku x prnh komen lg dlm post kak nora ni tpi this i have to address la. The beef wellington is definately not halal. Not because of the beef je, its because the ingredient used includes RED WINE. Dlm menu ada tulis apa main ingredients yg ada dlm tu. Kalau x perasan, x apa,” ujar beberapa orang netizen.
Namun begitu, menerusi video yang dikongsi juga kelihatan seorang wanita bertudung yang turut kelihatan menjamu selera di restoran berkenaan. – KopiPlanet.com
The post Nora Danish Makan Di Restoran Gordon Ramsay, Netizen Persoalkan Tentang Status Halal appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: