Ads Top

Luahkan Rasa Tekanan Di Platform Media Sosial, Nadya Syahera Tegaskan Tiada Niat Aibkan Suami

Pelakon popular Nadya Syahera mengakui dia tidak berniat untuk mendedahkan masalah rumah tangganya apabila meluahkan rasa stressnya di platform media sosial.

Nadya berkata, tujuannya membuat luahan di Insta Story baru-baru ini adalah sekadar mahu suaminya memberikan lebih perhatian kepada dirinya.

“Saya akui yang kami memang jarang berkomunikasi sebab suami terlalu sibuk dengan perniagaannya dan kerap berulang-alik antara Malaysia dan Thailand.

“Kalau suami ada di rumah pun kami tak selalu bercakap sebab dia sibuk dengan telefon untuk urusan perniagaannya, malah dia lebih kerap lepak minum di luar. Jadi, ia serba sedikit membuatkan saya tertekan sehingga membuat luahan di media sosial,” ujarnya.

Nadya berkata demikian ketika ditemui sewaktu majlis menandatangani kerjasama antara saluran Suke TV dan da iQiyi yang berlangsung semalam.

Sebelum ini, pelakon berkenaan menjadi perhatian netizen apabila meluahkan rasa tekanannya di Insta Story terhadap suaminya.

Ternyata tindakannya itu membuatkan ramai yang beranggapan bahawa dia kini sedang berhadapan dengan masalah rumah tangga, meskipun dia menafikan mengenai perkara berkenaan.

Nadya berkata, dia tidak menafikan tindakannya itu telah membuatkan suaminya marah dan kecewa, namun dia merasakan itu langkah terbaik untuk dia meluahkan apa yang terpendam di dalam hatinya.

“Memang suami marah dan persoalkan kenapa saya berbuat begitu. Kemudian saya jelaskan yang kami susah nak berkomunikasi, kadang-kadang bila mula nak berbual dia pula lebih tumpu dengan telefon dan dunia dia sendiri.

“Lagipun saya jelaskan yang saya tidak berniat nak aibkan sesiapa dan cuma perlukan lebih perhatian daripada seorang suami dan itu juga sudah memadai,” jelasnya.

Luah Nadya, anak-anak yang sering bertanya di mana ayah mereka agak sedikit memberikan tekanan kerana mereka agak rapat dengan suami.

“Apabila anak-anak asyik tanya kat mana ayah mereka, ia juga membuatkan saya tertekan sampaikan tak tahu nak jawab apa.

“Apa yang boleh saya cakap, saya tak inginkan pun kemewahan dan cukuplah dengan memberi perhatian kepada isteri dan anak-anak. Misalnya, kalau dapat bawa kami pergi makan kat kedai mamak pun itu dah boleh buatkan saya rasa bahagia,” ujarnya.

Nadya dan suami berkahwin pada 25 September 2015, ini adalah perkahwinan kedua buat Fizul selepas gagal mempertahankan rumah tangga pertamanya.

Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aleena Rose, 5, dan Mohamad Dayyan, 4, dan Muhammad Barr Adam, tiga bulan. – KopiPlanet.com

The post Luahkan Rasa Tekanan Di Platform Media Sosial, Nadya Syahera Tegaskan Tiada Niat Aibkan Suami appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.