Belum Berjaya Tambah Cahaya Mata, Nabila Huda Tidak Bercadang Buat Rawatan IVF
Pelakon popular, Nabila Huda tidak bercadang untuk membuat rawatan persenyawaan in vitro (IVF) meskipun sudah tujuh tahun mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Mohd Izwan Johar.
Nabila berkata, dia dan suami sudah menjalani pemeriksaan doktor dan mereka diberitahu tidak berhadapan dengan sebarang masalah.
“Sudah tentu saya ingin tambah cahaya mata, apatah lagi Keisha pun dah semakin membesar. Seboleh-bolehnya saya nak memiliki anak yang ramai.
“Cuma buat masa ini kami anggap masih belum ada rezeki dan semuanya kami berserah kepada Allah. Mungkin satu atau dua tahun lagi saya akan hamil,” jelasnya.
Nabila berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk makanan tambahan miliknya, Frutti Tutti yang berlangsung baru-baru ini.
Menurut bekas pengacara Melodi itu, dia tidak bercadang membuat rawatan IVF memandangkan sudah ada pengalaman hamil.
Malah, Nabila menjelaskan Bahama suaminya juga tidak menyarankan untuk menjalani rawatan berkenaan yang memang amat menyakitkan.
“Apapun saya tetap positif sebab mustahil saya tak boleh hamil. Kalau tak pernah hamil, saya fahamlah kerana mungkin ada masalah,” ujarnya.
Menerusi perkahwinan pertama dengan Zaidy Zailani pada 2008, Nabila dikurniakan anak perempuan bernama Keisha Laila yang kini berusia 12 tahun.
Sementara itu, mengulas mengenai produk Frutti Tutti, Nabila menjalaskan produk terbabit adalah makanan tambahan berasaskan serat epal selain mengandungi nutrien yang sesuai untuk pembersihan tubuh badan dan pengurangan berat badan.
“Ini adalah jus serat epal yang pertama dikeluarkan pada November 2021, melalui produk ini saya bukan sahaja mahu membantu mereka yang ingin kurangkan berat badan tetapi memberi keyakinan untuk mereka tampil berbeza.
“Selain itu, saya juga tidak sekadar mahu mempromosikan soal penampilan, tetapi bagaimana penggunaan Frutti Tutti juga harus bersedia untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat. Cantik dan sihat dalam waktu yang sama, itu yang ingin saya tekankan mengenai produk ini,” katanya.
Jelasnya lagi, antara yang ditawarkan melalui Frutti Tutti juga adalah peluang buat orang ramai di luar sana untuk menjadi usahawan. Melihat kemampuan produk ini diterima dengan baik pengguna, tidak mustahil untuk Frutti Tutti mampu membantu mereka yang ingin menambah pendapatan secara tetap atau sampingan
“Kami di Frutti Tutti ingin menawarkan mereka di luar sana untuk menjadi ejen atau stokis kami dalam memasarkan produk ini di seluruh Malaysia. Melalui pelbagai kelebihan yang ditawarkan saya yakin ini adalah peluang yang baik untuk anda untuk menjadikan ini sebagai salah satu kerjaya pilihan.
“Selain pengurusan yang baik, antara yang akan kami pastikan juga untuk memastikan Frutti Tutti terus menjadi produk makanan tambahan pilihan adalah melalui promosi berterusan. Malah bagi mereka yang baharu bermula kami juga akan menyediakan latihan yang sesuai,” ujarnya.
Produk berkenaan sudah pun berada di pasaran sejak Mac lalu dan dijual pada harga RM79.90 untuk sekotak. Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk ini boleh melayari laman web https://ift.tt/OFjc4vC. – KopiPlanet.com
The post Belum Berjaya Tambah Cahaya Mata, Nabila Huda Tidak Bercadang Buat Rawatan IVF appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: