Ads Top

Yasmin Hani Akui Hubungan Dengan Alif Hadi Masih Di Peringkat Awal, Enggan Terburu-Buru Jalin Hubungan Serius

Pelakon popular Yasmin Hani mengakui hubungan istimewa yang terjalin antara dirinya dengan Alif Hadi masih lagi di peringkat awal.

Tidak mengiyakan atau menafikan sama ada mereka bergelar pasangan kekasih, Yasmin menyatakan dia tidak mahu mengambil sikap terburu-buru untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius.

“Apa yang boleh saya katakan, kami masih dalam peringkat awal mengenal diri dan hati budi masing-masing.

“Lagipun masih agak terlalu awal kalau nak katakan kami pasangan bercinta. Jika sudah nampak hala tuju ke fasa yang serius, kami akan maklumkan,” ujarnya.

Yasmin berkata demikian ketika ditemui media semasa majlis pelancaran program Raya Astro yang berlangsung baru-baru ini.

Menurut Yasmin, antara faktor yang menyebabkan dia dan Alif rapat kerana pelakon itu dilihat cukup mesra dan menerima anak-anaknya.

“Selain itu, saya lihat Alif seorang lelaki yang tidak suka memaksa dan penyabar. Lagipun dia juga tidak kisah dengan status saya sekarang.

“Tentang jodoh pula, saya tak meletakkan sebarang sasaran dan apa yang lebih penting saya mahu menjalani kehidupan yang bahagia,” ujarnya.

Pada bulan Disember tahun lalu, Yasmin dan Sha’arin Razali mengejutkan ramai apabila mengambil keputusan untuk bercerai setelah 10 tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 8, dan Eissa Elzander Wong, 5. – KopiPlanet.com

The post Yasmin Hani Akui Hubungan Dengan Alif Hadi Masih Di Peringkat Awal, Enggan Terburu-Buru Jalin Hubungan Serius appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.