Ads Top

Dua Tahun Menunggu, Akhirnya Aedy Ashraf Lamar Amelia Henderson Jadi Kekasih

Sebelum ini, pelakon popular Aedy Ashraf dan Amelia Henderson pernah digandingkan bersama menerusi drama bersiri Kisah Cinta Kita pada tahun lalu.

Bagaimanapun, menerusi sebuah video yang viral di TikTok, ternyata Aedy telah membuat kejutan apabila melamar Amelia untuk menjadi kekasihnya.

Malah, kejadian lamaran tersebut telah dibuat pelakon berkenaan di hadapan orang ramai ketika kedua-duanya menjayakan sebuah acara malam tadi.

“Amelia Henderson… sudikah awak menjadi kekasih saya” ucap Aedy sambil melutut ketika membuat lamaran.

Manakala Amelia yang dilihat seperti terkejut dengan lamaran berkenaan hanya menjawab ‘yes’ sehingga mendapat sorakan pengunjung.

Pada masa sama, Aedy juga menjelaskan bahawa dia telah menunggu selama dua tahun untuk melamar Amelia menjadi kekasihnya.

Sebelum ini, Amelia pernah membuat kenyataan bahawa hubungan dia dan Aedy sememangnya baik dan selalu dilihat bersama atas dasar kerja. – KopiPlanet.com

The post Dua Tahun Menunggu, Akhirnya Aedy Ashraf Lamar Amelia Henderson Jadi Kekasih appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.