Ads Top

PM Umum HUN Jadi Acara Tahunan, Saran Usahawan Perlu Kuasai Keknologi Baharu, Pendigitalan

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersetuju jika Hari Usahawan Negara (HUN) dijadikan sebagai acara tahunan sambil menggesa usahawan tempatan perlu menguasai teknologi baharu khususnya pendigitalan.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan HUN 2022 yang dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Kecil Melayu (DPUKM) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu.

Turut hadir Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar dan Presiden DPUKM, Datuk Seri Abu Hasan Mohd Nor.

“Golongan usahawan mempunyai peranan yang sangat besar untuk memastikan negara kita terus makmur dengan ekonomi berkembang dengan lebih pantas lagi.

“Justeru, saya berharap, agar usahawan di bawah naungan DPUKM terus berusaha dan berkomitmen dalam bidang perniagaan untuk terus maju.

“Oleh itu, semua usaha yang dilaksanakan oleh DPUKM termasuk HUN ini wajar diteruskan. sebagai acara tahunan,” katanya.

Beliau juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada DPUKM atas usaha dan memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus membantu golongan usahawan untuk meluaskan perniagaan mereka melalui pelbagai inisiatif yang sedang dan akan dilaksanakan.

Ismail Sabri juga dalam pada itu menyeru usahawantempatan agar menguasai pelbagai teknologi baharu khususnya pendigitalan bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam arus perdana.

Menurutnya, segenap rangkaian ekonomi kini berdepan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) yang membawa pelbagai teknologi baharu.

“Kerajaan menyedari perkembangan sedemikian dan mempergiatkan persediaan rapi yang mana antaranya merangkumi MyDIGITAL.

“MyDIGITAL adalah satu insiatif yang mencerminkan aspirasi kerajaan mentransformasikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi, berpacukan pendigitalan dan sebagai peneraju serantau dalam ekonomi digital.

“Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia dan Dasar 4IR menggariskan usaha serta inisiatif dalam mencapai aspirasi MyDIGITAL.

Justeru, beliau berharap usahawan tempatann perlu menguasai teknologi baharu tersebut, khususnya pendigitalan bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam arus yang sedang berkembang pesat.

“Pendigitalan juga dapat membantu produk-produk dari luar bandar menembusi pasaran yang lebih luas.

Tambah Ismail Sabri, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) amat penting kepada pembangunan negara kerana ia menyediakan lebih lapan juta peluang pekerjaan kepada Keluarga Malaysia.

“ PKS merupak,an nadi utama dan kerajaan memberikan perhatian serius bagi memastikan agar ia berupaya untuk terus berkembang, bukan sekadar di peringkat domestik, malah ke pasaran serantau.

“Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), kerajaan meletakkan sasaran 45 peratus Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) 2025 yang disumbangkan oleh PKS.

“Sasaran ini adalah realistik kerana sebanyak 39 peratus KDNK negara pada 2019 disumbangkan oleh PKS, sebelum ia terjejas akibat pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu dan terbaharu, akibat banjir pada penghujung tahun lalu.

Menurut beliau, kerajaan sememangnya mengambil pelbagai langkah untuk memastikan PKS termasuk usahawan mikro dan informal dapat meneruskan perniagaan mereka.

“Sebagai contoh, kerajaan melancarkan program Semarak Niaga dengan dana RM22 bilion untuk membantu usahawan mendapatkan pembiayaan bagi meluaskan perniagaan,” katanya.

“Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro TEKUN Nasional menawarkan pinjaman hingga RM10,000 tanpa faedah dengan keutamaan diberi kepada peniaga sektor informal,” jelasnya.

Tambah Ismail Sabri, saiz dana untuk program berkenaan mencecah RM200 juta manakala Agrobank menyediakan pinjaman sehingga RM75,000 tanpa faedah berserta kemudahan moratorium selama enam bulan.

“SME Bank menawarkan pinjaman hingga RM10 juta di bawah skim IBS Promotion Fund 2.0 dan RM1 juta di bawah Program Pembiayaan Usahawan Muda 2.0.

“Secara keseluruhan, saiz dana untuk kedua-dua skim ini berjumlah RM300 juta. Ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memastikan usahawan Keluarga Malaysia dapat terus mengembangkan perniagaan dan perusahaan,” katanya. – KopiPlanet.com

The post PM Umum HUN Jadi Acara Tahunan, Saran Usahawan Perlu Kuasai Keknologi Baharu, Pendigitalan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.