Ads Top

Harris Alif & Intan Ladyana Dikurniakan Cahaya Mata Perempuan

Pasangan selebriti Harris Alif dan Intan Ladyana menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka semalam.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Harris meluahkan rasa syukur dikurniakan rezeki bergelar bapa kepada anak perempuan mereka itu.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dikurniakan rezeki dengan kelahiran anak pertama ini. Bayi kami dilahirkan pada jam 11.40 malam, 31 Januari 2022,” katanya.

Harris berkata, meskipun Intan pernah dijangkiti wabak Covid-19 ketika kehamilannya, namun keadaan isterinya itu bersama bayi mereka kini baik-baik sahaja.

“Meskipun dilanda ujian ketika kehamilan isteri saya di mana dia terjangkit wabak Covid-19, namun keadaan kembali normal. Alhamdulillah, Intan dan bayi kami berada dalam keadaan baik.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa mendoakan kesejahteraan buat kami,” katanya lagi.

Terdahulu, Harris dan Intan mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021 dalam sebuah majlis yang mematuhi prosedur operasi standard ketat di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Dalam perkembangan lain, Harris bakal tampil dengan single terbaru yang terindah dalam hidupnya tidak lama lagi. – KopiPlanet.com

The post Harris Alif & Intan Ladyana Dikurniakan Cahaya Mata Perempuan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.