Ads Top

Imuda Sahkan Dia Sekeluarga Disahkan Positif Covid-19, Kini Jalani Kuarantin Di Rumah Ibu Mertua

Pelawak dan pelukis popular, Imuda memaklumkan dia, isteri dan dua orang anaknya telah disahkan positif Covid-19.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Imuda menerusi satu perkongsian di akaun Facebook miliknya.

“Salam semua mohon doakan kami sekeluarga yang telah dijangkiti Covid-19 bermula dengan saya pada Ahad lepas.

“Kemudian semalam isteri dan anak-anak iaitu rayyan and zara pula,” jelasnya.

Imuda berkata, dia langsung tidak mengalami sebarang gejala, manakala isterinya pula berhadapan dengan tekak kering.

“Saya tidak bergejala langsung isteri hanya mengalami tekak kering tp pagi ni dah sihat rayyan pula demam sekejap saja dan ada batuk2 sikit semalam hanya zara anak bongsu saya alami demam panas sangat masa tidur kejap2 bangun dari tidur badan panas sgt dan menangis sakit kepala sangat. 

“Kami sekeluarga dah kurantin dirumah mak mertua di penang dari ahad lalu. Mohon doakan kami sekeluarga sembuh secepat mungkin amin,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Imuda Sahkan Dia Sekeluarga Disahkan Positif Covid-19, Kini Jalani Kuarantin Di Rumah Ibu Mertua appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.