Ads Top

Gagal Beri Kerjasama, Mahkamah Arahkan Peguam Fame Up Entertaintment Failkan Waran Tangkap Terhadap Norjuma Habib Mohamed

Mahkamah telah memerintahkan pihak peguam syarikat Fame Up Entertainment untuk menfailkan waran tangkap terhadap Norjuma Habib Mohamed.

Dalam satu kenyaataan yang dikeluarkan, hakim bagi pertama kes saman pertama Fame Up terhadap Norjuma, Yasmin Abdul Razak mengeluarkan arahan tersebut setelah defendan gagal memberi kerjasama dari permulaan kes dan juga menghina mahkamah atas keingkarannya mengikut perintah mahkamah.

“Bagi kes saman kedua, sebanyak RM260,000 ganti rugi dan teladan telah dituntut oleh Syarikat Fame Up Entertainment menerusi pengurus Zuriawati Zaidi terhadap Norjuma.

“Keputusan Ini telah diputuskan oleh hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Hj Akhtar Tahir berdasarkan kepada ingkar kehadiran di mahkamah bagi perbicaraan untuk beberapa kali oleh pihak defendan.

Selain itu, syarikat tersebut dalam kenyataan juga menuntut agar selebriti itu membuat permohonan maaf serta dilarang membuat sebarang kenyataan.

“Pihak plaintif juga menuntut pihak defendan membuat satu permohonan di media cetak di laman-laman beberapa surat khabar rasmi.

“Personaliti itu juga tidak dibenarkan sekali membuat kenyataan mana mana melalui secara menerbitkan dan menyebarkan fitnah kepada plaintif secara lisan ,media percetakan atau melalui internet dengan memuat naik turun di media sosial,” jelasnya lagi.

Sebelum ini, Fame Up Entertainment telah memfaikan dua saman fitnah terhadap Norjuma iaitu pada tahun 2019 dan 2020 berikutan penyebaran fitnah beliau pada syarikat berkenaan sekitar 2018 dan 2020 lalu. – KopiPlanet.com

The post Gagal Beri Kerjasama, Mahkamah Arahkan Peguam Fame Up Entertaintment Failkan Waran Tangkap Terhadap Norjuma Habib Mohamed appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.