Ads Top

Azlee Khairi Akui Telah Berkahwin Kali Kedua, Kini Sudah Miliki Seorang Cahaya Mata

Pelakon popular Azlee Khairi akhirnya mengesahkan yang dia sebenarnya sudah berkahwin buat kali kedua setelah setahun kembali bergelar suami.

Pelakon yang mula dikenali ramai menerusi drama Love You Mr Arrogant itu menyatakan dia bernikah pada Januari 2021 dengan seorang kru penerbangan, Nurul Hidayah atau Dhiya.

“Memang saya sudah bernikah buat kali kedua dan ia juga perkahwinan kedua buat isteri yang sudah memiliki dua anak. Cuma saya tak boleh berkongsi butiran tepat mengenai isteri kerana dia tak gemar akan hal itu.

“Alhamdulillah… dengan perkahwinan ini kami telah dikurniakan cahaya mata lelaki berusia lima bulan. Majlis nikah kami pun secara atas talian secara sederhana dan dibuat membabitkan ahli keluarga serta sanak saudara masing masing,” katanya.

Baru-baru ini, satu perkongsian gambar sambutan hari lahirnya yang ke-33 tahun dimuat naik empat hari lalu di Instagram turut mengundang pelbagai spekulasi mengenai status dirinya.

Sebelum ini, pelakon berkenaan pernah mendirikan rumah tangga ketika namanya berada di puncak populariti dengan wanita dari Brunei sekitar tahun 2014 serta memilih menetap di sana dan tidak lagi aktif berlakon.

Namun begitu, pada November 2019, Azlee kembali ke Malaysia dan aktif berlakon semula, selain turut mengesahkan yang dirinya bukan lagi suami orang.

Dalam pada itu, Azlee memaklumkan sudah tiba masanya untuk dia mendedahkan status dirinya, biarpun tidak gemar menceritakan tentang kisah peribadinya.

“Rasanya ini adalah waktu yang terbaik untuk menjelaskan perkara sebenar. Lagipun saya jenis yang tak suka menggembar gemburkan hal peribadi.

“Cuma ada yang yang netizen salah faham dan mengandaikan saya sudah ada dua anak. Sebenarnya yang seorang itu adalah anak tiri saya,” jelasnya.

Azlee atau nama sebenarnya Azlee Khairi Zulah Hainee berkata dia dan isteri sepatutnya mengadakan majlis persandingan pada Mac tahun lalu, tetapi tergendalam gara-gara Covid-19.

“Selepas setahun barulah majlis yang ditunda itu akan diadakan pada 18 Mac ini di sebuah lokasi di ibu kota.

“Pada masa itu, saya akan berkongsi juga gambar pernikahan kami. Saya kena hormat permintaan keluarga masing masing,” katanya. – KopiPlanet.com

The post Azlee Khairi Akui Telah Berkahwin Kali Kedua, Kini Sudah Miliki Seorang Cahaya Mata appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.