Ads Top

Pelakon & Pelawak Veteran Amran Tompel Meninggal Dunia

Pelakon dan pelawak terkenal, Amran Tompel menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.

Allahyarham Amran atau nama sebenarnya, Amran Aman Ramlie meninggal dunia pada usia 72 tahun.

Menerusi laporan Harian Metro, abang Allahyarham iaitu pelakon AR Badul berkata, arwah adiknya sepatutnya tamat tempoh kuarantin hari ini.

“Saya sebenarnya baharu balik dari Perak dan sebaik sampai di Kuala Lumpur baru sempat baca mesej WhatsApp berkenaan kematiannya.

“Kematiannya berpunca dari sakit tua, masalah buah pinggang dan baru-baru ini Amran positif Covid-19 dan jalani kuarantin. 

Allahyarham Amran merupakan saudara kandung kepada dua lagi pelakon tersohor AR Badul dan Adlin Aman Ramlie.

Mereka tiga beradik adalah anak kepada seniman tersohor, Allahyarham AR Tompel. – KopiPlanet.com

The post Pelakon & Pelawak Veteran Amran Tompel Meninggal Dunia appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.