Ads Top

Tampil Dengan Lagu Cinta Atau Propa, Michael Ang Tidak Terasa Dengan Kecaman Netizen… Akui Tidak Boleh Menyanyi

Muncul dengan single sulung iaitu Cinta Atau Propa, pengarah dan penerbit popular Micheal Ang ternyata mengundang reaksi pelbagai pihak.

Apa yang mencuri perhatian, hampir semua platform media sosial yang menayangkan lagunya akan disertai dengan kecaman terutama sekali netizen.

Bagaimanapun, Michael berkata, dia langsung tidak terasa hati dengan kecaman netizen, malah sudah bersedia sekiranya ada yang menyamakannya seperti usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri.

“Saya akui memang tidak boleh menyanyi pun, saya tone deaf (pekak nada) dan tak boleh menyanyi ikut tempo.

“Masa rakaman lagu ini, Hafiz Hamidun selaku penerbit yang suruh saya nyanyi ikut tepukan tangannya. Kalau tak memang tak selari suara dengan irama,” katanya.

Memandangkan dirinya tidak boleh menyanyi, Michael menegaskan dia tidak akan menyanyi lagu tersebut secara langsung dalam mana-mana acara, kecuali dengan bayaran yang lumayan.

“Kalau diikutkan saya tak berani nak nyanyi lagu itu secara langsung, malah nak naik pentas pun sebenarnya dah takut.

“Cuma kalau ada yang sanggup nak bayar dengan harga lumayan, saya akan fikirkan,” katanya.

Jelasnya lagi, buat masa ini juga dia belum mempunyai sebarang perancangan untuk menghasilkan single seterusnya.

Dalam pada itu, mengenai kecaman yang diterima, Micheal menjelaskan dia sedikit pun tidak ambil endah kerana sejak awal lagi dia sentiasa terbuka untuk dikritik memandangkan sebelum ini dia juga kerap mengkritik orang lain.

“Nak cakap apa pun terpulang, saya tak kisah. Kalau nak samakan saya dengan sesiapa sekalipun silakan. Saya takkan sentap sebab tahu kemampuan saya.

“Bagu saya lagu itu ok, jadi saya keluarkanlah. Sebelum ini saya ada beritahu pada penerbit lagu ini, jika lagu ini tak sedap, saya takkan keluarkan.

“Tetapi bila dengar semula, saya rasa macam sedap dan rentaknya catchy. Sebab itu saya keluarkan. Apa yang orang nak komen saya tak peduli pun,” katanya. 

Lagu dan lirik Cinta Atau Propa adalah hasil ciptaan Killa Driz dan diterbitkan Hafiz Hamidun. – KopiPlanet.com

The post Tampil Dengan Lagu Cinta Atau Propa, Michael Ang Tidak Terasa Dengan Kecaman Netizen… Akui Tidak Boleh Menyanyi appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.