Ads Top

Ameera Khan Dikecam Muat Naik Gambar Babak Filem Dalam Panggung, Pihak Pawagam Ambil Serius & Maklumkan Kepada Pengedar

Selebriti popular, Ameera Khan yang juga adik kepada Neelofa dikecam gara-gara memuat naik gambar babak filem House Of Gucci dalam Insta Stories.

Perkara tersebut telah dipersoalkan oleh seorang individu yang mengecam tindakan yang dilakukan oleh Ameera.

“Hi @GSCinemas why is this allowed in your cinemas.

“And also why people still do this?? 2022,” ujarnya.

Sementara itu, pihak GSC Cinema menerusi jawapannya di Twitter menyatakan pihaknya memandang serius mengenai perkara tersebut.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, GSC juga sudah memaklumkan kepada pihak pengedar filem berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

Sebelum ini, Neelofa juga pernah melakukan tindakan yang sama seperti adiknya ketika menonton filem Lion King pada tahun 2019. – KopiPlanet.com

The post Ameera Khan Dikecam Muat Naik Gambar Babak Filem Dalam Panggung, Pihak Pawagam Ambil Serius & Maklumkan Kepada Pengedar appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.