Ads Top

”Saya Maafkan, Dia Sudah Saya Anggap Sebagai Anak Sendiri,” Mulia Sungguh Hati Guru, Dicekik Oleh Pelajar Tapi Tetap Sabar

Sebuah video tular di media sosial memaparkan seorang pelajar yang tergamak bertindak kurang ajar terhadap gurunya di dalam sebuah kelas di sebuah sekolah di Wringinanom Gresik, Jawa Timur, Indonesia.

Dalam video berdurasi 54 saat itu, pelajar lelaki tersebut dilihat bangun dan memegang kepala gurunya. Kemudian dia menolak guru tersebut dan mencengkam leher bajunya seakan-akan mahu memukul lelaki itu sambil mengeluarkan perkataan kesat.

Guru tersebut bukan sahaja tidak melawan sebaliknya hanya diam dan tenang melihat tingkah laku anak didiknya itu dengan sabar. Sedangkan si pelajar pula terus menunjukkan lagak samseng dengan merokok di dalam kelas tanpa memperdulikan guru berkenaan.

Setelah video berkenaan menjadi tular, pihak polis menyiasat kes tersebut dan memangil semua pihak yang terlibat dalam insiden itu dan satu perbincangan diadakan di Balai Polis Wringinanom.

Guru berkenaan, Nur Kalim, 30, dan pelajar tersebut hadir bersama ibu bapanya, pihak dari Perlindungan Perempuan Anak Jatim serta pegawai dari Kementerian Sosial.

Peajar berkenaan telah menyesali perbuatannya itu dan memohon maaf kepada guru berkenaan.

Namun, sebelum perjanjian damai ini dilakukan, Nur Kalim mengaku sudah ikhlas memaafkan sikap pelajarnya itu sejak dari awal lagi. Beliau menganggap pelajarnya itu sebagai anaknya sendiri.

“Saya sudah memaafkan sikap siswa saya. Meski begitu siswa saya adalah anak didik saya sendiri. Ia juga saya anggap anak saya sendiri,” kata Nur Kalim.

Dengan penuh penyesalan, si siswa tetap meminta maaf dan memeluk sang guru. Malah, dia terus melutut sujud dengan penuh tangisan.

”Saya meminta maaf dan bersedia merubah sikap, baik di kelas dan dengan guru saat di kelas waktu pelajaran nanti,” kata si siswa.

Pelajar tersebut lantas mencium kaki Nur Kalim. Guru berkenaan yang terkjut lantas mengangkat tubuh pelajar tersebut. “Sudah-sudah jangan bersujud. Saya maafkan,” kata Nur Kalim.

Sumber : Detik News




No comments:

Powered by Blogger.