Ads Top

Dikatakan Terlalu Awal Bicara Soal Jodoh, Shuib Tidak Kisah Pandangan Netizen… Hanya Ambil Pandangan Ibu & Keluarga

Baru lima bulan kehilangan isteri tercinta iaitu Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, usahawan dan pelakon popular Shuib mula menjadi kecaman kerana dianggap terlalu awal membicarakan soal jodoh.

Namun begitu, Shuib menyatakan dia tidak kisah dengan sebarang kecaman yang diterima, malah tidak perlu memikirkan pandangan pihak lain, selain ibu dan ahli keluarga yang lain.

“Kalau bab kena kecam ni terpulanglah orang nak cakap apa, asalkan saya tak kacau orang lain. Lagipun saya tak boleh nak tutup mulut orang untuk beri pandangan masing-masing.

“Apapun saya hanya mendengar pesanan ibu serta keluarga mentua sebab mereka yang berada di samping saya. Jika saya menangis sampai tertonggeng sekali pun, bukan ada netizen yang akan tanya keadaan saya okey atau tak,” jelasnya.

Sementara itu, pelawak itu juga tidak menafikan memang ramai Anita yang cuba mendekati dirinya dengan menghantar mesej untuk berkenalan, namun dia enggan ambil serius mengenainya.

Malah, ibunya sendiri ada bertanya sama ada saya ada mana-mana kawan wanita yang boleh dibawa berjumpa dengannya.

“Memang ibu setiap hari akan bertanya, kalau ada kawan yang boleh saya bawa berjumpa dengannya. Saya akui memang ramailah wanita yang menghantar mesej di laman sosial, cuma saya masih lagi berasa takut.

“Kalau mahu mencari jodoh, saya perlu mendapatkan persetujuan daripada ibu dan anak-anak. Kalau saya sahaja yang suka, tetapi anak-anak pula tidak, memang tidak akan jadi. Apapun saya serahkan kepada Allah sahaja,” ujarnya.

Sebelum ini, isterinya meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas beberapa hari melahirkan anak keempatnya Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus Covid-19.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia lima bulan. – KopiPlanet.com

The post Dikatakan Terlalu Awal Bicara Soal Jodoh, Shuib Tidak Kisah Pandangan Netizen… Hanya Ambil Pandangan Ibu & Keluarga appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.