Ads Top

“Tak Baik Cakap Pakai Baju I…” – Michael Ang Nafi Aliff Aziz Pakai Baju Miliknya Ketika Beraksi Di Pentas Final GV8

Aksi battle antara penyanyi Aliff Aziz dan Aweera menerusi lagu Budak Flat ketika saingan final Gegar Vaganza 8 (GV8) ternyata cukup menghiburkan penonton.

Bagaimanapun, apa yang lebih menjadi tumpuan adalah pakaian yang dipakai oleh Aliff dilihat menyerupai pakaian penerbit dan pengarah Michael Ang dalam muzik video single baharu Cinta Atau Propa.

Michael menerusi posting terbaharunya di Instagram menjelaskan perkara berkenaan apabila ada yang mengatakan Aliff telah memakai bajunya.

“Salam semua. Tak baik Cakap pakai baju I . Baju tu pun stylist i @abushaefhamza pinjam from @neonate.company for my MTV.

“Tak salah n bukan satu persoalan pinjam atau meminjam. Kau org Ingat kita artist kaya sgt semua Kita beli. Baju pinjam aje. Luv u all n be safe,” tulisnya.

Mendapat pelbagai komen menerusi posting berkenaan, Michael juga secara jujur mengatakan pakaian tersebut lebih elok dipakai oleh Aliff berbanding dirinya.

“Anyway Aliff pakai lagi elok dari I pakai! Hehehehhe Jujur ya bukan nak jadi sarcastic ya!” ujarnya.

Dalam aksi final GV8 yang berlangsung semalam, Aliff yang juga penyanyi kelahiran Singapura muncul juara dengan menewaskan lima orang lagi peserta iaitu Nikki Palikat, Suki Low, Adibah Noor, Azan Scan dan Aweera.

Dengan kemenangan tersebut, Aliff berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 berserta trofi. – KopiPlanet.com

The post “Tak Baik Cakap Pakai Baju I…” – Michael Ang Nafi Aliff Aziz Pakai Baju Miliknya Ketika Beraksi Di Pentas Final GV8 appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.