Ads Top

Lan Solo Tampil Dengan Single 5 kaki 4 Inci, Guna Dialek Bahasa Melayu & Dusun Sabah

Umum pastinya mengetahui mengenai perniagaan yang diusahakan oleh Lan Solo dengan menjual pelbagai produk dari Borneo serta mendapat sambutan yang baik.

Menariknya, sering berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Sabah atas urusan perniagaan telah memberikan idea kepada penyanyi Lan Solo untuk menghasilkan single terbaharu berjudul 5 Kaki 4 Inci.

Lagu ciptaan Velvet Aduk Lawrence dan lirik gandingan Marsha Milan dan Velvet Aduk Lawrence ini ditujukan sebagai tanda terima kasih kepada semua para peminat terutama sekali kepada warga Borneo yang menyokong perniagaan Solo Borneo Mart yang kini sudah mempunyai dua cawangan iaitu di Bandar Bukit Puchong,Selangor dan di Ampang,Kuala Lumpur.

Justeru tidak hairanlah apabila istimewanya single ketiga selepas Berpisah Tanpa Rela dan Twist Abang Sayang ini, adalah 5 Kaki 4 Inci menggunakan dialek Bahasa Melayu Sabah dan sedikit Bahasa Dusun Sabah.

Ini adalah bagi menjadikan lagu tersebut lebih dekat dengan penduduk negeri di bawah bayu itu dan juga bagi warga Borneo yang merantau di Semenanjung. Sekurang-kurangnya lagu ini dapat mengubat rasa rindu pada keluarga di Sabah.

Menurut Lan, ini juga merupakan sebagai langkah seterusnya dia untuk mencuba pasaran muzik Borneo.

“Selepas cover lagu Dusun Sabah Momuhobo, saya mendapat maklum balas yang sangat positif sehingga mereka mahukan saya menghasilkan sebuah lagu baharu dengan mengunakan Bahasa Dusun Sabah. Jadi atas permintaan peminat itu mencetuskan saya idea untuk menghasilkan lagu ini.

“Maka dari situlah saya menghubungi penyanyi Velvet yang kini aktif menghasilkan lagu serta Marsha Milan untuk bersama-sama menulis liriknya.

“Besar harapan saya agar lagu ini dapat diterima bukan sahaja warga Borneo tetapi juga peminat di Semenanjung,” jelas Lan.

Lebih membanggakan dengan terhasilnya lagu ini, Lan Solo juga merupakan penyanyi Semenanjung pertama yang menyanyikan lagu berkonsepkan Sabahan Style (Borneo).

5 Kaki 4 Inci bergenre poprock ini berkisarkan tentang seorang pemuda yang bekerja sebagai pembantu jurujual di pasar sekitar Kundasang telah jatuh cinta pandang pertama dengan seorang gadis cantik yang berada pasar tersebut.

Ketinggian gadis itu menjadi antara faktor utama pemuda tersebut jatuh hati dan lantas mencuba untuk memikat hatinya.

Untuk melengkapkan single ini, Lan juga telah menghasilkan sebuah video muzik yang menampilkan Ratu Cantik Sabah (Unduk Ngadau Sabah 2017), Kerinah Mah sebagai model utama.

Diarahkan oleh Dir. A, 95% lokasi penggambaran dilakukan di lokasi pelancongan popular Kundasang Sabah, sementara 5% di Solo Borneo Mart, Bukit Puchong.

Justeru, sudah pastinya pemandangan yang dipaparkan di dalam video muzik ini sangat cantik dan semula jadi.

5 Kaki 4 Inci edaran Life Records kini telah tersedia di semua platform penstriman digital seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer bermula pada 12 Januari lalu. Sementara video muziknya pula ditayangkan menerusi saluran YouTube Lan Solo juga bermula 12 Januari 2022. – KopiPlanet.com

The post Lan Solo Tampil Dengan Single 5 kaki 4 Inci, Guna Dialek Bahasa Melayu & Dusun Sabah appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.