Ads Top

Backstage Angkat Elemen Kekeluargaan, Kisah Pengorbanan Seorang Kakak Terhadap Adiknya

Tajuk: Backstage
Tarikh Tayangan: 20 Januari 2022
Genre: Filem Muzikal
Pengarah: Guntur Soeharjanto
Pelakon: Vanesha Prescilla, Sissy Prescilla, Achmad Megantara, Aulia Sarah, Karina Suwandi, Ferry Salim, Verdi Solaiman, dan Roy Sungkono

Tidak dinafikan filem-filem yang bercorak muzikal agak jarang dihasilkan, meskipun ia sebenarnya sebuah genre yang cukup menarik dan menghiburkan.

Jadi, dengan kemunculan filem muzikal Backstage pastinya menarik untuk ditonton, apatah lagi ia merupakan filem kolaborasi Astro Shaw bersama Paragon Pictures, Ideosource Entertainment, Endeabor Content NFC Indonesia.

Lebih istimewa lagi, filem yang sudah ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak 20 Januari lalu itu mengandingkan pasangan adik-beradik popular indonesia iaitu Vanesha Prescilla dan Sissy Prescilla.

Backstage bermula dengan kisah Elsa (Vanesha Prescilla) dan kakaknya Sandra (Sissy Prescilla) yang telah kehilangan pekerjaan di sebuah restoran.

Kemudian, Elsa yang meminati bidang lakonan telah menjalani uji bakat filem yang mencari watak penyanyi. Elsa telah menghantar video nyanyiannya menggunakan suara Sandra yang sememangnya berbakat dalam nyanyian.

Gagal dalam uji bakat tersebut, seorang penerbit lagu iaitu Bayu (Verdi Solaiman) tertarik dan berhasrat untuk menjadikan Elsa seorang penyanyi popular, meskipun Elsa langsung tidak boleh menyanyi.

Meskipun perkara sebenar terbongkar apabila Elsa diketahui menggunakan suara kakaknya, namun Bayu mempunyai perancangan lain iaitu dengan mengetengahkan Elsa sebagai penyanyi yang menggunakan suara kakaknya di sebalik tabir.

Setelah itu, bermulalah konflik yang berlaku antara pasangan adik-beradik itu sehingga Sandra merasakan seperti sudah ‘kehilangan’ adiknya yang semakin diulit dengan populariti.

Secara keseluruhannya, Backstage sebuah naskhah yang menarik dengan jalan cerita yang mantap serta disulami dengan banyak lagu-lagu popular Indonesia.

Dari segi keserasian antara dua pelakon pula, biarpun Vanesha dan Sissy memang diketahui sebagai pasangan adik-beradik, tetapi kedua-duanya telah memberikan sesuatu yang tersendiri untuk watak Elsa dan Sandra.

Buat mereka yang menggemari nashkah filem muzikal, ternyata Backstage cukup sesuai untuk ditonton bersama seisi keluarga serta rakan-rakan dan masih lagi ditayangkan di pawagam. – KopiPlanet.com

The post Backstage Angkat Elemen Kekeluargaan, Kisah Pengorbanan Seorang Kakak Terhadap Adiknya appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.