Ads Top

Syura Badron Kembali Mendirikan Rumah Tangga Setelah Lapan Tahun Bergelar Ibu Tunggal


Setelah lapan tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi popular Syura Badron kini sah bergelar isteri kepada Muhd Farizat Ismail kira kira jam 12.30 tengah hari tadi, di Masjid As-Salam Puchong Perdana.

Majlis hanya dihadiri 30 ahli keluarga dan kenalan terdekat kedua-dua mempelai bagi mengikut SOP menyaksikan suami Syura melafazkan tiga kali akad nikah kerana terlalu gementar.

Pada upacara pernikahan tersebut, penyanyi dan bekas juara Master Chef Selebriti musim kedua itu menerima mas kahwin berupa jongkong emas 1.5 gram.

Selain itu, ibu kepada tiga cahaya mata itu turut menerima wang hantaran dipersembahkan dalam bentuk set barang kemas yang dirahsiakan nilainya.

Syura turut menyerahkan lima dulang hantaran berbalas jumlah sama daripada suaminya.

“Alhamdulillah segala galanya dipermudahkan. Saya bernikah dengan lelaki bujang dan orang kebanyakan. Dia menjalankan perniagaan makanan kecil kecilan.

“Kami kenal sejak lima tahun lalu. Dalam tempoh itu, dia menjadi penyokong dan pengkritik saya. Ketika saya menceburi perniagaan produk kecantikan kulit, Charmant, dia juga antara yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar,” katanya.

Syura yang popular dengan lagu berentak irama Malaysia seperti Nazam Berkasih dan Bakawali juga bersyukur kerana tiga anaknya merestui keputusan dibuat.

“Mereka sendiri menangis kegembiraan saat saya sah bergelar isteri tadi. Sebagai anak yang kian membesar, mereka juga memahami pergelutan saya dalam meneruskan kelangsungan hidup.

“Namun, apa terjadi, saya tetap akan menjaga tiga amanah (anak) itu dengan baik, malam anak juga serasi dengan suami saya selama ini,”katanya.

Malam ini, Syura dan Farizat akan diraikan dalam satu majlis resepsi di Cheras.

Terdahulu, teman baik Syura, Lan Solo dan isterinya, Shila Razlan masing masing berkongsi berita gembira mengenai pernikahannya di Instagram.

Untuk rekod, Syura dan bekas suaminya iaitu Mohd Fadhly Md Yassin berkahwin pada 16 April 2006. Mereka berpisah pada Ogos 2015.

Hasil perkahwinan pasangan itu dikurniakan tiga orang anak iaitu Nurul Dania Irdani, 15, Nurul Qaisara Sofia, 13, dan Muhammad Irfan Aryan, 11. – KopiPlanet.com

The post Syura Badron Kembali Mendirikan Rumah Tangga Setelah Lapan Tahun Bergelar Ibu Tunggal appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.