Ads Top

“I Don’t Care…” Hattan Tak Kisah Cara Penjuriannya Dalam Rancangan Mic On 2 Dibandingkan Dengan Hetty Koes Endang

Penyanyi popular Datuk Hattan mengakui dirinya tidak kisah sekiranya ada yang membanding-bandingkan cara penjuriannya dalam rancangan Mic On! 2 dengan Hetty Koes Endang.

Hattan berkata, perkara yang paling utama apabila dipilih sebagai juri adalah berkongsi segala pengalaman yang ada kepada peserta.

“I don’t care… Sebenarnya apa yang lebih penting kena jadi diri sendiri. Niat saya hanyalah mahu melihat kelangsungan industri nyanyian ini menjadi lebih bagus.

“Apa yang penting saya lakukan ini bukan semata-mata untuk content, sebaliknya saya akan share segala pengalaman sepenjang bergelar seorang penyanyi,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran program realiti Mic On! 2 yang berlangsung baru-baru ini.

Sebelum ini, penyanyi tersebut meluahkan rasa tidak gemar dengan cara penjurian yang dilakukan salah seorang juri Gegar Vaganza 8 (GV8) iaitu Hetty Koes Endang.

Hattan dalam posting di Facebook menyatakan adalah tidak wajar juri mengajar setiap peserta ketika bersiaran secara langsung.

Dalam pada itu, Hattan menyatakan dirinya juga sudah bersedia untuk berhadapan dengan segala kritikan dan kecaman daripada netizen apabila menjadi juri nanti.

“Terpulanglah kalau ada mana-mana netizen yang nak kecam atau kritik. Lagipun bukannya semua tidak bersetuju dengan pendapat saya.

“Biasalah kalau ada yang nak kecam… saya anggap segala kecaman itu sebagai sebahagian daripada hiburan,” jelasnya.

Selain Hattan, rancangan Mic On! 2 turut memilih Datuk Awie dan Mas Idayu sebagai juri, manakala Issey dan Azwan Ali pula bertindak selaku pengacara.

Mic On! 2 akan mula bersiaran pada 28 Januari ini saluran Awesome TV. – KopiPlanet.com

The post “I Don’t Care…” Hattan Tak Kisah Cara Penjuriannya Dalam Rancangan Mic On 2 Dibandingkan Dengan Hetty Koes Endang appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.