Ads Top

Radhi OAG Perlu Langsaikan Bil Hospital RM18,000 Arwah Ibunya, Bakal Anjurkan Showcase Khas Untuk Kumpul Wang


Penyanyi popular Radhi OAG baru sahaja kehilangan ibu tercinta, Fatimah Wee Abdullah

pada 14 Januari lalu akibat penyakit kanser kolon.

Radhi berkata, dia reda dengan pemergian ibu tercinta dan ketika ini dia sedang berusaha untuk mengumpul wang bagi melangsaikan bil hospital ibunya sebanyak RM18,000.

“Bil hospital arwah emak dianggarkan kira-kira RM18,000 dan saya akan berusaha sehabis baik untuk membayarnya dengan cara mengadakan ‘showcase’ dan akan berlangsung di Bayang Coffee Kafe, Taman Tun Dr Ismail. 

“Sebelumi ini ada juga adik-beradik lain yang bantu bayarkan bil, namun sebagai anak saya juga perlu bertanggungjawab untuk langsaikan baki bil hospital yang tinggal,” ujarnya.

Radhi berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran Sudut Produk Selebriti & Amirul Grocer Cawangan Shah Alam, di Seksyen 15 Shah Alam.

Dalam pada itu, penyanyi itu berkata pemergiaan ibunya akibat penyakit kanser juga telah membuatkan dirinya agak paranoid.

Ujarnya, sebelum ini, arwah abangnya, Termidzi Razali yang meninggal dunia 40 hari sebelum ibunya juga berpunca kerana penyakit kanser darah dan kulit.

“Apabila kedua-dua insan yang saya sayang meninggal kerana kanser, saya jadi sedikit paranoid.

“Bagaimanapun, setelah membuat pemeriksaan di hospital, saya bersyukur kerana bebas daripada sebarang penyakit kanser,” jelasnya.

Ujar Radhi, dia juga sudah lama mengamalkan makanan sunnah bagi menjaga kesihatan. – KopiPlanet.com

The post Radhi OAG Perlu Langsaikan Bil Hospital RM18,000 Arwah Ibunya, Bakal Anjurkan Showcase Khas Untuk Kumpul Wang appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.