Ads Top

Aliff Aziz Muncul Juara GV8, Bawa Pulang Hadiah Wang Tunai RM100,000

Seperti dijangka, penyanyi Aliff Aziz telah dinobatkan sebagai pemenang Gegar Vaganza 8 (GV8) dalam aksi final yang berlangsung pada malam tadi.

Dalam acara yang berlangsung di Putrajaya International Convention Center (PICC), Aliff Aziz berjaya menewaskan lima peserta lain, sekaligus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi.

Pada persembahan final, Aliff selaku juara membawakan lagu Sampai Syurga serta duet bersama Hafiz Suip iaitu Dealova, manakala saingan battle pula bersama Aweera menerusi lagu Budak Flat.

Berada di kedudukan naib juara pula adalah Nikki Palikat yang membawa pulang wang tunai RM50,000, Suki Low pula muncul pemenang tempat ke-3 (RM30,000) dan Adibah Noor pula berada di tangga ke-4 (RM20,000).

Dalam pada itu, Azan Scan sekadar berpuas hati berada meraih kedudukan kelima dengan membawa pulang wang tunai RM15,000, manakala Aweera berada di tangga ke-6 (RM10,000).

Saingan final GV8 menyaksikan Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat selaku juri tetap, manakala Joe Flizzow menjadi juri jemputan. – KopiPlanet.com

Senarai Pemenang Gegar Vaganza 7

  • Juara – Aliff Aziz (83.06peratus)
  • Naib Juara – Nikki Palikat (81.26 peratus)
  • Ketiga –  Suki Low (77.91 peratus)
  • Keempat – Adibah Noor (67.25peratus)
  • Kelima – Azan Scan (64.04 peratus)
  • Keenam – Aweera  (63.90 peratus)

The post Aliff Aziz Muncul Juara GV8, Bawa Pulang Hadiah Wang Tunai RM100,000 appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.