Pelakon Veteran Baharuddin Omar @ Anjang Aki Disahkan Meninggal Dunia Selepas Alami Sesak Nafas
Pelakon veteran popular Datuk Baharuddin Omar @ Anjang Aki telah disahkan meninggal dunia petang tadi.
Menerusi laporan BH Online, pemergian disahkan oleh isterinya, Datin Nazariah Abu Bakar.
Nazariah, 66, berkata, arwah suami meninggal dunia bukan berpunca disebakan Covid-19, tetapi arwah menghidap penyakit pembuluh darah bengkak.
“Arwah baru selesai makan dan kemudiannya, masuk ke bilik untuk berehat. Saya pula ke dapur, namun saya mendapati arwah sesak nafas sebaik meninjau keadaannya dalam bilik.
“Selepas itu, arwah langsung tidak sedarkan diri. Saya dan dua anak berada di sisi arwah ketika menghembuskan nafas terakhir.
“Alhamdulillah, arwah pergi dengan mudah. Saya kemudiannya menghubungi anak-anak lain memaklumkan berita pemergian arwah,” katanya.
Allahyarham dikenali ramai menerusi sebuah drama RTM berjudul Anjang Aki, di mana beliau membawakan watak sebagai Anjang Aki dan nama tersebut terus sinonim dengan beliau. – KopiPlanet.com
Kredit artikel: BH Online
The post Pelakon Veteran Baharuddin Omar @ Anjang Aki Disahkan Meninggal Dunia Selepas Alami Sesak Nafas appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: