Tiz Zaqyah Disahkan Positif Covid-19, Kini Mula Jalani Kuarantin Di Rumah
Pelakon popilar Tiz Zaqyah merupakan artis terbaharu yang telah disahkan positif Covid-19.
Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri olehnya setelah mendapat keputusan ujian swab pagi tadi.
“Ahad 9 Mei sekitar pukul 8.30 pagi tadi saya menerima panggilan daripada Subang Jaya Medical Center, memaklumkan saya telah disahkan positif Covid-19.
“Saya disarankan untuk jalani kuarantin di rumah mulai sekarang. Doakan saya dan keluarga. Stay safe semua,” ujarnya.
Dalam pada itu, Tiz turut menasihati sesiapa yang mempunyai simptom seperti batuk, selesema dan sakit kepala supaya menjalani ujian segera.
“Bermula dengan batuk-batuk kecil dan menggigil serta rasa badan yang tidak selesa.
“Jangan terlalu lama untuk mendapatkan kepastian kerana ada segelintir yang tidak menunjukan simptom. Hanya pergi buat ujian sebelum berlaku keadaan yang lebih buruk,” ujarnya. – KopiPlanet.com
The post Tiz Zaqyah Disahkan Positif Covid-19, Kini Mula Jalani Kuarantin Di Rumah appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: