Tiba-tiba Ada Darah Menitik, Wanota Cemas Temui Ular Berbelit Pada Tayar & Enjin Kenderaan
Salah satu perkara yang ditakuti bila memandu ialah apabila ada haiwan yang ‘menumpang’ terutama di dalam bahagian enjin kereta.
Paling risau jika ada anak kucing yang menyelinap masuk di bahagian itu tanpa disedari.
Manakan tidak, ada sesetengah kes yang menyaksikan kucing sudah pun menjadi bangkai kerana tidak dapat keluar dari situ.
Pun begitu, berbeza pula dengan situasi yang dialami oleh wanita ini, bukan bangkai kucing yang ditemui, tetapi bangkai ular sawa.
Menerusi ciapannya di Twitter, Adila Kaman berkongsi detik-detik cemas ketika dia menyedari ada bau bangkai di dalam keretanya dan selepas itu dia mendakwa terlihat darah menitik dari enjin kereta.
Tiba-tiba balik kerja, kereta bau macam bangkai. Kebetulan berenti nak pi boh angin tayar, lepas tu perasan macam ada darah menitik. Likat. Pastu banyak lalat besar datang hurung. Nak bukak, tapi takut.
— A.K (@adilakaman) April 1, 2021
Menurutnya, bau bangkai itu sangat busuk walaupun dia sudah keluar dan berdiri jauh dari kereta.
Tunggu bantuan sampai. Dari sini pun dah boleh bau bangkai. Lalat pun dah start hurung balik. pic.twitter.com/hwqkEAbGXH
— A.K (@adilakaman) April 1, 2021
Selepas diperiksa dan diketahui bahawa ia ular sawa yang besar, Adila berkata dia takut dan tidak sanggup untuk melihat keadaan ular tersebut.
Samian took few pictures but I still cannot bring myself to look at it.
— A.K (@adilakaman) April 1, 2021
Amar: Uish besaq ulaq ni. Ni kalau dia bukak mulut dia, muat nak makan Kak Dila ni.
Me: ………….
— A.K (@adilakaman) April 1, 2021
UPDATE 2.0: Ular melilit dalam tu. Gambar depa dah ambik banyak, tapi aku masih tak berani nak tengok. Nanti dah setel, baru aku tengok dan update. pic.twitter.com/9NtcNhyiaA
— A.K (@adilakaman) April 1, 2021
Ular tu dah keras melilit
Aku tengah bayangkan nasib aku, kalau aku tak ada minions untuk tolong. Ni pun sejenis rezeki jugak ni. Rezeki ada orang jagakan walaupun jauh dari keluarga.
— A.K (@adilakaman) April 1, 2021
Still working on the fender. Pastu Amar terkejut sebab bila dia ngendap celah fender tu, tetiba dia nampak ular jdhdhshshs. pic.twitter.com/yRLghHww4L
— A.K (@adilakaman) April 1, 2021
TEASER//TW: Ular susah untuk dikeluarkan sebab ekor dia dah naik sampai dashboard. Habis depa kena bukak kereta aku. Aku cakap bukak lah apa pun, asalkan ular keluar. Nanti aku pi bengkel. pic.twitter.com/fvmSSIgOek
— A.K (@adilakaman) April 1, 2021
Tak sampai separuh badan lagi
TW: Depa tak habis habis kata ni kalau makan kaki aku, senang senang ja ni. pic.twitter.com/eWbp52wY2o
— A.K (@adilakaman) April 1, 2021
TW: Aku memang hari-hari rumah-offife sahaja. Tak ada hutan. Hutan konkrit saja. Tapi tengok lah…
Periksalah kereta anda! pic.twitter.com/f48SdpQvRD
— A.K (@adilakaman) April 1, 2021
Selepas tiga jam, bangkai ular itu berjaya dikeluarkan. Menurut Adila, ular sawa itu dianggarkan hampir 3.6 meter panjang.
TW: Finally. After almost three hours. pic.twitter.com/o3mWevIaYw
— A.K (@adilakaman) April 1, 2021
TW: Meow……….. Why? pic.twitter.com/6ZZ5GGlwt3
— A.K (@adilakaman) April 1, 2021
Dah la susah susah keluarkan, now tolong basuhkan kereta lagi. Pastu kena pasang balik semua yang depa bukak tadi. pic.twitter.com/0aV2vgvzmV
— A.K (@adilakaman) April 1, 2021
Dahhhh kesian kena pasang balik semua lagi. pic.twitter.com/HpNX7iV1pb
— A.K (@adilakaman) April 1, 2021
Adila menasihatkan orang ramai untuk sentiasa memeriksa kereta masing-masing untuk mengelak kejadian sepertinya.
I am so sorry pada yang takut ular, I didn’t mean to scare anyone. Thread ni memang semata untuk buat kenangan di masa depan. To anyone yang enjoy my thread, I had fun serving you!
Anyhoo… Jangan lupa check kereta for animals. Ini park kat bandau ni. Cyberjaya lagi tu.
— A.K (@adilakaman) April 1, 2021
Sumber: Adila Kaman
The post Tiba-tiba Ada Darah Menitik, Wanota Cemas Temui Ular Berbelit Pada Tayar & Enjin Kenderaan appeared first on Siakap Keli.
No comments: