Ads Top

“Guys… I’m Not Pregnant” – Elizabeth Tan Nafi Kini Sudah Hamil

Penyanyi dan pelakon popular, Elizabeth Tan menafikan bahawa dirinya sudah hamil.

Perkara tersebut dijelaskan olehnya menerusi Insta Story setelah ada beberapa peminat yang menyatakan sudah kelihatan baby bump di sekeping foto yang dimuat naik di Instagram miliknya.

“Guys… I’m not pregnant,” tulisnya ringkas bagi menjawab komen-komen berkenaan.

Sebelum ini, Elizabeth atau Lizzy mengejutkan peminatnya apabila mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan yang dikenali sebagai Siew Jim pada 20 Mac lalu.

Majlis perkahwinan mereka berlangsung dalam skala kecil bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan hanya dihadiri 10 tetamu dalam kalangan ahli keluarga dan kenalan rapat. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Elizabeth Tan

The post “Guys… I’m Not Pregnant” – Elizabeth Tan Nafi Kini Sudah Hamil appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.