Ads Top

Raja Syahiran Enggan Terburu-Buru Berkahwin, Mahu Lebih Bersedia Sebelum Bergelar Suami Uyaina Arshad

Umum mengetahui tentang hubungan yang terjalin antara penyanyi Raja Syahiran dan pengacara Uyaina Arshad.

Malah, Raja Syahiran juga dikatakan telah menghantar rombongan merisik pada bulan lalu.

Ketika ditanya mengenai perkahwinan, penyanyi itu berkata buat masa ini dia enggan terlalu terburu-buru, meskipun mengakui mahu menamatkan zaman bujang secepat mungkin.

“Ada yang kata nikah sahaja dulu dan majlis boleh dibuat bila-bila masa, tetapi bagi saya beberapa faktor perlu dipertimbangkan terlebih dahulu apabila berkahwin, terutama sekali membabitkan kehidupan selepas berumah tangga.

“Dalam keadaan pandemik yang belum berakhir ini juga diakui memang agak menjejaskan daripada segi pendapatan. Apapun saya perlu buat persediaan mental dan kewangan dahulu,” jelasnya.

Penyanyi berkenaan berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran Medan Selera Masok Kampung Baru baru-baru ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai tarikh perkahwinan pula, buat ini Raja Syahiran seperti masih belum bersedia berkongsi kepada umum.

Ujarnya, setakat ini juga persiapan untuk majlis perkahwinan juga masih belum dibuat.

“Sudah tentu kami mahu lebih berhati-hati kerana kalau boleh biarlah majlis perkahwinan yang berlangsung nanti dalam keadaan yang baik dan tidak diperkatakan dan diiringi doa yang baik-baik sahaja.

“Malah, majlis perkahwinan selebriti yang menjadi kecaman sebelum ini menjadi pengajaran dan sudah tentu kami tidak mahu ia berlaku,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Raja Syahiran Enggan Terburu-Buru Berkahwin, Mahu Lebih Bersedia Sebelum Bergelar Suami Uyaina Arshad appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.